/Kim Yo Han ditawar watak utama sebagai bekas atlet Taekwondo dalam siri drama “School 2020”

Kim Yo Han ditawar watak utama sebagai bekas atlet Taekwondo dalam siri drama “School 2020”

Nama Kim Yo Han menjadi pilihan para pengarah untuk dijadikan sebagai pelakon pula. 

Pada awal 13 Januari, seorang wakil industri lakonan melaporkan, “Kim Yo Han, ahli kumpulan X1 akan menerajui drama siri terbaru rangkaian KBS 2 iaitu ‘School 2020,’ yang dijadualkan pada Ogos depan.”

Menjawab laporan tersebut, sumber dari agensi Kim Yo Han menyatakan,” Ya, memang betul dia menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut. Dia juga turut menerima beberapa tawaran drama lain, jadi tiada lagi sebarang keputusan lanjut mengenainya.”

“School 2020” adalah sekuel kelapan siri drama “School.” Kim Yo Han dilaporkan menerima tawaran untuk membawakan watak Kim Tae Jin, bekas atlet taekwondo yang telah memenangi pingat gangsa kategori junior ketika mewakili Festival Sukan Kebangsaan Korea. Setelah berdepan kecederaan dibuku lali dan kegagalan perniagaan ayahnya, Kim Tae Jin berhenti dari sukan taekwondo serta ditukarkan ke sekolah vokasional. Walaupun tindak tanduk serta percakapannya seperti orang dewasa, dia sebenarnya seorang pelajar yang baik yang tidak tahu apa yang lerlu dilakukan apabila berdepan dengan gadis kesukaannya.

Menurut laporan itu lagi, drama ini akan diarahkan oleh  PD Han Sang Woo dan skripnya ditulis bersama oleh Kim Ji Young dan Ryu Sol Ah. “School 2020” akan memulakan pengambaran sekitar Mac depan.

Apakah Kim Yo Han akan bersetuju membintangi sekuel siri “School” ini? Pasti menarik kan tambahan Kim Yo Han sememangnya aktif dan pernah memenangi kejuaraan taekwondo. Jadi, sama-sama kita nantikan, ya!

Sumber : Newsen | Sports.donga

Komentar

comments

loading...