/[Terkini] Chen EXO akan kahwini kekasih hati dan SM Entertainment telah sahkannya

[Terkini] Chen EXO akan kahwini kekasih hati dan SM Entertainment telah sahkannya

Wah, Chen EXO bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya yang bukan dari kalangan selebriti.

Chen telah menulis sepucuk surat peribadi bagi mengumumkan berita gembira ini. Chen juga  melahirkan kesyukuran atas berita gembira ini. Berikut adalah isi kandungan suratnya :

Hello, ini Chen. Saya menulis kerana  ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan anda. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan dan saya sangat gugup untuk memberitahu berita ini. Tetapi saya mahu menjadi orang pertama memberitahu kepada para peminat saya, yang sentiasa menyayangi dan menyokong saya. Jadi, saya menulis surat ini walaupun ianya tidak mencukupi untuk berkongsi dengan anda. 

Saya mempunyai seorang teman wanita yang  ingin  saya habiskan masa sepanjang hayat saya. 

Pada mulanya, saya bimbang tentang apa akan terjadi selepas saya buat pengumuman ini. Tetapi setelah berbincang dengan agensi serta ahli kumpulan mengenai bagaimana berita ini ingin disampaikan, saya berharap agar anda tidak terlalu terkejut. Tak sangka, saya juga terima berita baik dan saya sangat menghargainya. 

Kini, saya tidak dapat lagi melaksanakan apa yang dirancang bersama agensi dan ahli kumpulan saya, saya beranikan diri walaupun saya tidak bersedia lagi sepenuhnya kerana  saya sudah tidak sabar lagi. 

Saya sangat menghargai ahli-ahli kumpulan saya yang bersungguh mengucapkan tahniah kepada saya, dan terima kasih atas kasih sayang serta sokongan kamu semua. Saya akan sentiasa berterima kasih untuk cinta anda, dan saya akan melakukan yang terbaik  bagi kasih sayang anda. Terima kasih.”

Dalam pada itu, agensi EXO, SM Entertainment juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkahwinan Chen.

Hello. Ini SM Entertainment.

Chen telah bertemu dengan seseorang yang sangat istimewa baginya dan akan berkahwin kelak. Bakal isteri Chen bagaimanapun bukanlah dari kalangan selebriti dan majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup serta dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing. 

Bagi menghormati pendirian ahli keluarga kedua-dua pihak, apa sahaja persiapan mengenai majlis perkahwinan mereka akan dilakukan secara privasi. Jadi, kami mohon kerjasama serta pemahaman peminat dan para media. 

Chen akan meneruskan kerjayanya sebagai artis dan akan berusaha dengan lebih keras lagi.

Kami harap anda semua dapat memberikan restu, doa dan ucapan-ucapan tahniah untuk majlis perkahwinan Chen serta pasangannya. 

Terima kasih.

Menurut sumber dari SM Entertainment, kekasih hati Chen telahpun berbadan dua. Sumber itu berkata, “Memang betul, bakal isteri Chen telah mengandung.” Mereka menambah, disebabkan wanita istimewa Chen itu bukan dikalangan selebriti, mereka tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenainya.

Apapun, tahniah kepada Chen dan pasangannya.

Sumber : Allkpop | sportsseoul

TAGS:

Komentar

comments

loading...