/Hyun Bin, Jang Dong Gun & Song Seung Hun dicop ‘kaki perempuan’ gara-gara teks mesej Jo Jin Moo yang tersebar

Hyun Bin, Jang Dong Gun & Song Seung Hun dicop ‘kaki perempuan’ gara-gara teks mesej Jo Jin Moo yang tersebar

Dari kiri : Hyun Bin, Song Seung Hun, Joo Jin Mo & Jang Dong Gun

Baru-baru ini, data peribadi milik pelakon Joo Jin Moo yang disimpan dalam aplikasi ‘Cloud Storage’ telah digodam oleh seseorang menyebabkan beliau telah diugut untuk membayar penggodam itu sejumlah duit bagi mengelakkan data peribadinya tersebar untuk tatapan umum. Bagaimanapun, Joo Jin Moo, seperti dimaklumkan agensinya, Huayi Brothers tidak melayan sebarang permintaan mengarut daripada penggodam tersebut. Selain daripada Joo Jin Moo, beberapa selebriti Korea lain termasuklah dua orang aktor, seorang idol, seorang pengarah dan seorang tukang masak turut menjadi mangsa godam berkenaan seperti dilaporkan oleh Dispatch pada 8 Januari 2020 lalu.

Beberapa hari kemudian, keratan mesej milik Joo Jin Moo itu telah tersebar memaparkan interaksi di antara pelakon tersebut dengan Jang Dong Gun yang berlaku pada penghujung tahun 2013 dan awal 2014 sebelum Joo Jin Moo mendirikan rumah tangga lagi. Kandungan mesej itu didakwa bercerita tentang gadis-gadis yang terutamanya daripada kalangan pelatih selebriti, perempuan kabaret dan lain-lain. Berikutan pendedahan tersebut, Joo Jin Moo juga disiasat kerana telah menyebarkan gambar wanita bogel di atas katil tanpa kerelaannya menerusi mesej Kakaotalk. Selain Joo Jin Moo dan Jang Dong Gun, Hyun Bin, Jung Woo Sung, Song Seung Hun dan Lee Jung Jae turut digosipkan sebagai aktor-aktor yang berinteraksi dengan Joo Jin Moo sebagai rakan pemain golf dan geng meneguk minuman keras, dan secara tidak langsung dikaitkan dengan skandal ‘kaki perempuan’ yang melibatkan Joo Jin Moo.

Dari kiri: Jung Woo Sung, Lee Jung Jae

Kejadian ini yang disebut sebagai gelombang ke-2 ‘Jung Joon Young’ berikutan pendedahan mesej Kakaotalk yang membawa kepada pendedahan ramai selebriti Korea lain, telah mengejutkan netizen kerana imej bersih yang dipaparkan pelakon-pelakon tersebut di hadapan orang ramai selama ini. Jang Dong Gun dan Joo Jin Moo sudah pun berkahwin manakala Hyun Bin, Jung Woo Sung, Song Seung Hun dan Lee Jung Jae masih lagi bujang trang-trang. Akibat pendedahan tersebut, isteri Joo Jin Moo, Min Hye Yeon (seorang doktor) telah memadamkan media sosial manakala aktor-aktor lain dilihat mendiamkan diri. Sebarang liputan negatif bakal menjatuhkan reputasi pelakon berikut terutamanya Hyun Bin yang sedang membintangi drama tvN Crash Landing With Love dan sedang hangat ditayangkan sekarang.

Sumber: viewers , woman chosun , hankookilbo , xsportnews

Komentar

comments

loading...