/Tak seperti X1, IZ*One ‘terselamat’ daripada pembubaran

Tak seperti X1, IZ*One ‘terselamat’ daripada pembubaran

Mnet hari ini mengumumkan pihak mereka sedang berunding untuk meneruskan kumpulan kpop IZ*One sedia ada walaupun dikaitkan dengan kontroversi manipulasi undian. Tidak mengikuti jejak langkah X1 yang terpaksa dibubarkan hari ini, IZ*One bakal menyambung aktiviti mereka secara berkumpulan setelah masing-masing sedang secara positif mempertimbangkan kelangsungan IZ*One.

Menurut sumber terdekat, kemungkinan untuk meneruskan kesinambungan IZ*One tersebut berkait dengan kelebihan kumpulan tersebut memiliki pasaran Jepun yang mantap berikutan separuh ahli-ahlinya berasal daripada tanah negara matahari terbit itu selain kemungkinan agensi masing-masing memikirkan manfaat besar yang diperolehi jikalau diteruskan walaupun tetap berhadapan kekangan demi kekangan di Korea.

Iz*One merekodkan sebagai antara kumpulan kpop perempuan yang mempunyai album terlaris pada tahun 2019 dengan jualan melebihi 300,000 unit, mampu meletakkan kelebihan mereka setanding dengan TWICE, Blackpink dan Red Velvet.

Sumber: hankookilbo

TAGS:

Komentar

comments

loading...