/‘Stalker’ asing cuba dekati Nayeon TWICE dalam kapal terbang dan mencemaskan, ini kenyataan JYPE

‘Stalker’ asing cuba dekati Nayeon TWICE dalam kapal terbang dan mencemaskan, ini kenyataan JYPE

Pada 1 Januari, JYP Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengemas kini peminat selepas berdepan situasi mencemaskan, di mana seorang ‘stalker’ asing cuba mendekati Nayeon TWICE ketika dalam penerbangan.

Label itu menyatakan,

“Pada 1 Januari dalam penerbangan pulang dari Jepun ke Korea, seorang ‘stalker’ asing yang mengintip Nayeon TWICE  juga menaiki penerbangan yang sama, dan ia telah menyebabkan gangguan besar dengan cubaan untuk menghampiri selebriti tersebut beberapa kali. Kerana tindak balas segera kami, mujurlah tiada sebarang perkara yang tidak diingini terjadi kepada Nayeon, namun dia turut menyatakan ketidakselesaan dan rasa cemas. 

Nayeon kini di bawah pengawasan polis berikutan isu ini, dan meskipun amaran berulang kali diberikan oleh polis dan Nayeon sendiri bahawa ‘stalker’ tersebut tidak sepatutnya mendekatinya. ‘Stalker’ berkenaan tidak mempedulikan mereka, malah  menaikkan suara ke arah kakitangan kami dan terus berkelakuan tidak sepatutnya tanpa rasa menyesal atas tindakannya meskipun amaran secara konsisten diberikan.

Kami dengan ini mengumumkan bahawia kami akan segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya ke tahap yang paling serius. 

Kami juga menyedari bahawa maklumat penerbangan artis telah dijual secara haram dan diedarkan. Kami ingin mengatakan bahawa kami akan terus mencari langkah penyelesaian untuk menghapuskan isu ini sepenuhnya.

Kami ingin memaklumkan permintaan maaf tulus ikhlas kami kepada semua penumpang di atas kapal yang mungkin rasa terkesan dengan isu ini. 

Kami akan mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk mencegah perkara ini dari terjadi lagi.

Terima kasih.

Terdahulu, ‘stalker’ tersebut mendakwa dikasari oleh dua orang pengurusTWICE dan disebabkan itu dia tidak dapat menghampiri Nayeon.

TWICE telah selamat telah mendarat di Korea Selatan selepas mengakhiri aktiviti rasmi mereka di Jepun dan ketibaan mereka disambut dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat.

Semoga ‘stalker’ asing itu akan didakwa dan diberikan hukuman dengan kadar yang segera. Semoga Nayeon dan TWICE juga berada dalam keadaan yang tenang.

Sumber : JYPE

Komentar

comments

loading...