/Kim Soo Hyun bawa haluan sendiri lepas tamat kontrak dengan Keyeast Entertainment

Kim Soo Hyun bawa haluan sendiri lepas tamat kontrak dengan Keyeast Entertainment


Pada 31 Disember, KeyEast Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menguruskan aktor Kim Soo Hyun. Kedua-dua pihak akan membawa haluan masing-masing berikutan kontrak eksklusif Kim Soo Hyun dan Keyeast Entertainment tamat.

Keyeast Entertainment juga mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung pemergian aktor tersebut daripada agensi itu. Kenyataannya seperti berikut :

Hello, ini KeyEast.

Kami ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, kontrak pengurusan eksklusif kami dengan Kim Soo Hyun, yang telah bersama KeyEast selama 10 tahun sejak 2010, telah berakhir.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kim Soo Hyun kerana telah banyak menampakkan perkembangan dengan KeyEast sejak hari pertama debut. 

Walaupun kontrak pengurusan eksklusif kami telah berakhir, kami akan terus berikan semangat pada Kim Soo Hyun, yang kami tahu akan terus bersinar dalam drama dan filem sebagai pelakon.

Kami mohon agar kasih sayang anda terhadap Kim Soo Hyun tidak akan pernah berubah pada masa akan datang.

Terima kasih.

Laporan mengenai Kim Soo Hyun akan meninggalkan agensi tersebut telah mula kedengaran pada Julai lalu selepas aktor tersebut menamatkan khidmat tenteranya. Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan bahawa Kim Soo Hyun meninggalkan agensi itu kerana ingin menubuhkan agensi sendiri (one-man agency), namun ianya masih belum dapat disahkan lagi.

Mungkin Kim Soo Hyun berhasrat untuk bertukar angin. Untuk pengetahuan, Kim Soo Hyun telah buat kemunculan istimewa pada episode terakhir drama “Hotel Del Luna”. Disebabkan hanya seketika, ramai peminat menantikan drama penuh dari aktor tampan ini. Apapun, selamat maju jaya buat Kim Soo Hyun.

Sumber : sbsfune

Komentar

comments

loading...