/Yugyeom GOT7 tidak akan sertai MBC Music Festival kerana faktor kesihatan

Yugyeom GOT7 tidak akan sertai MBC Music Festival kerana faktor kesihatan

GOT7 akan buat persembahan dengan kekuatan enam orang ahli saja sempens 2019 MBC Music Festival. Hal ini kerana Yugyeom tidak akan turut sertai ahli kumpulannya berikutan berdepan dengan masalah kesihatan.

Pada 30 Disember, agensi GOT7, JYP Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut:

Hello. Ini JYPE.

Pengumuman ini dibuat untuk memaklumkan bahawa Yugyeom GOT7 tidak akan menyertai ahli kumpulannya seperti yang dijadualkan atas faktor kesihatan. Antara program yang terlibat adalah pada 30 dan 31 Disember (Isnin dan Selasa) sempena MBC Music Festival bagi sesi rakaman serta siaran secara langsung. 

Berikutan saranan doktor bahawa Yugyeom sepatutnya mendapat rehat yang mencukupi dan menumpukan perhatiannya untuk proses pemulihan kesihatannya, maka kami putuskan untuk merehatkan seketika Yugyeom. Ini kerana kesihatan artis naungan kami menjadi keutamaan kami. Jadi, kami memohon agar anda memahami situasi ini. 

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada peminat yang menunggu (persembahan ketujuh-tujuh ahli GOT7).

Kesihatan artis kami kini menjadi keutamaan pihak kami dan akan buat sehabis baik untuk memastikan mereka kembali pulih seperti biasa. 

Terima kasih. 

Kami mengharapkan agar Yugyeom kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber : JYPE

Komentar

comments

loading...