/Drama “VIP” catat tontonan tertinggi pada episode terakhir

Drama “VIP” catat tontonan tertinggi pada episode terakhir

Drama VIP (SBS) menutup episodenya pada semalam dengan mencatatkan rekod tontonan yang tertinggi.

Menurut Nielsen Korea, episode terakhir pada 24 Disember, merekodkan purata tontonan sebanyak 12% dan 15.9% diseluruh Korea dan merupakan pencapaian tertinggi sepanjang penayangan drama tersebut. Drama “VIP” turut melepasi rekod tontonan sebanyak 20.7% pada waktu puncak.

“Romantic Doctor Kim” musik kedua yang dilakonkan oleh Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop akan menggantikan drama “VIP” mulai 6 Januari depan.

Drama tvN “Black Dog” merekodkan 4.3% tontonan manakala JTBC “War of Prosecutors” pula mencatatkan tontonan sebanyak 4.2%.

Buat peminat drama “VIP” di Malaysia, jangan lupa saksikan episode terakhir pada malam ini di ONE TV ASIA Ch 393, jam 8.15 malam.

Sumber : sports.khan  sbsfune

Komentar

comments

loading...