/Tidak mahu sambung kontrak, Song Seung Hyun tinggalkan FTISLAND

Tidak mahu sambung kontrak, Song Seung Hyun tinggalkan FTISLAND

Nampaknya Song Seung Hyun pula tinggalkan FTISLAND.

Pada 24 Disember, agensi FTISLAND, FNC Entertainment telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan kontrak dan masa depan ahli kumpulan tersebut.

Antara kenyataan FNC Entertainment seperti berikut:

Hello, ini FNC Entertainment.

Agensi kami telahpun memperbaharui kontrak bersama Lee Hong Ki, Lee Jae Jin, dan Choi Min Hwan  FTISLAND.

Berkenaan hala tuju kumpulan terbabit, kami akan berbincang dengan ahli kumpulan setelah mereka menamatkan khidmat tentera. Kami akan lakukan yang terbaik untuk FTISLAND serta berikan sokongan agar mereka akan terus menghasilkan muzik dan mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan variety mengikut kekuatan masing-masing. 

Salah seorang ahli, Song Seung Hyun akan mengakhiri aktiviti bersama FTISLAND apabila kontrak eksklusifnya tamat pada 31 Disember ini. Song Seung Hyun, yang turut menceburi bidang lakonan menerusi drama tv, muzikal, drama pendek, dan drama web, ambil keputusan untuk fokus kepada kerjaya lakonan selepas kontraknya tamat kelak. 

Keputusan ini diambil setelah berbincang dari hati ke hati dan ianya dicapai secara sepakat antara agensi dan setiap ahli FTISLAND. Agensi kami menghormati keputusan yang dibuat oleh Song Seung Hyun, kami berharap agar anda semua teruskan menyokongnya yang telah bersama kami selama 11 tahun. 

Terima kasih. 

Terdahulu, ketua kumpulan FTISLAND Choi Jong Hoon meninggalkan kumpulan dan umum bersara berikutan terlibat dalam isu penyebaran video lucah. Kami ucapkan selamat maju jaya buat Song Seung Hyun dan kami berharap agar FTISLAND terus menghasilkan muzik yang berkualiti setelah tamat jalani khidmat tentera kelak.

Sumber : FNC

Komentar

comments

loading...