/Tampil Berenam ke Malaysia, Kumpulan EXO menjayakan konsert EXploration Planet #5 Tanpa Cela

Tampil Berenam ke Malaysia, Kumpulan EXO menjayakan konsert EXploration Planet #5 Tanpa Cela

Tampil dengan hanya enam ahli, Suho, Chanyeol, Chen, Baekhyun, Sehun dan Kai, kumpulan EXO dari Korea Selatan mempersembahkan konsert EXploration Planet Ke-5 di Axiata Arena Bukit Jalil pada 14 Disember 2019. Di mulakan dengan mood ala-ala gabungan “Transformer” dan “Fast And Furious” membuka pentas dengan beberapa video-video menarik dan penuh bermakna buat EXO-L yang memberikan sorakan terbaik untuk idola pujaan mereka. Sepanjang konsert berlangsung, momentum naratif mereka kekal menyampaikan cerita yang diolah dengan begitu baik. Kesan audio-visual yang amat mengagumkan.

Di bawakan khas oleh Star Planet dan GETBATS, iaitu platform Rebate nombor 1 Malaysia, kumpulan EXO menggegarkan Axiata Arena dengan gaya penaklukan pentas berkuasa tinggi. Menurut EXO, mereka mendapat suntikan semangat dari sorakan-sorakan kuat peminat yang menggamatkan ruangan Arena Axiata. Di anggarkan peminat yang hadir melebihi 15 000 orang pada malam ini. Pada konsert kali ini, EXO mempersembahkan kira-kira 28 lagu di tambah dengan sisipan tanpa muzik lagu Obsession. Peminat di bawa kembali masa lampau dengan lagu-lagu seperti Growl dan Call Me Baby. Tidak ketinggalan lagu-lagu hit mereka, Love Shot, Tempo, Monster, Power dan pelbagai lagi.

Ketiadaan tiga lagi ahli kumpulan mereka,  D.O dan Xiumin sedang menjalani latihan ketenteraan manakala Lay Zhang berada Di China sedikit pun tidak menjejaskan mutu dan kualiti persembahan raja-raja Kpop ini. Persembahan berlangsung tanpa cela menggembirakan para peminat yang telah menunggu lama untuk menonton mereka secara langsung di Malaysia. Latihan keras untuk mempersiapkan diri mereka untuk konsert jelajah ini, jelas kelihatan. Tenaga yang diperlihatkan oleh EXO cukup mantap dan harus dipuji. Kesungguhan mereka menari koreografi yang rumit sedikit pun tidak menggoyahkan alunan vokal-vokal mereka. Persembahan yang luar biasa disediakan kepada peminat-peminat EXO.

EXO menyatakan peminat Malaysia di antara yang sering memberikan sorakan kuat untuk mereka. Sesungguhnya EXO-L memberikan tenaga buat EXO. Sehun turut menjelaskan bagaimana beliau benar-benar menyukai Malaysia dan berharap untuk kembali lagi manakala,  Suho meminta peminat agar terus menunggu mereka dan berjanji untuk kembali dengan album yang baru. Baekhyun juga menjanjikan lagu baru dan album baru sekiranya peminat menunggu mereka. Chen pula, mengucapkan terima kasih kerana bersama mereka dan berharap akan membuat konsert lagi di Malaysia. Kai berseloroh dengan mengatakan bahawa peminat Malaysia amat menyayangi mereka, maka mereka akan melakukan konsert berturut-turut selama tiga hari dan bukan hanya sehari untuk peminat Malaysia. Chanyeol, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir, beliau berpesan agar peminat akan makan makanan yang sedap dan akan bertemu lagi. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan kata-kata Terima Kasih.

Keletah mereka di antara nyanyian juga mencuit hati para peminat yang hadir.  Tidak duduk diam dan sering bergerak ke setiap ruang pentas untuk mendekati peminat. Stamina yang mengagumkan. Anak-anak muda ini benar-benar meninggalkan impak yang besar terhadap peminat-peminat yang hadir menonton mereka.

P/S: Gais… belum move on? Boleh replay dekat YouTube KMania ya….

TAGS:

Komentar

comments

loading...