/EXO raih jualan album terlaris di Korea untuk 2 minggu berturut-turut, mengatasi Park Ji Hoon, Astro & CIX

EXO raih jualan album terlaris di Korea untuk 2 minggu berturut-turut, mengatasi Park Ji Hoon, Astro & CIX

EXO telah membuktikan pengaruh mereka di dalam industri kpop bukan boleh dipandang enteng. Walaupun tanpa kelibat tiga lagi ahli mereka, EXO tetap mampu menguasai carta Gaon selama dua minggu berturut-turut dicapai menerusi jualan album studio ke-6 mereka, Obsession yang dilancarkan pada 27 November yang lalu. Jualan album Obsession turut mengatasi “360” oleh Park Ji Hoon, “Blue Flame” oleh Astro, “Hello Chapter 2: Strange Place” oleh CIX dan “Love Poem” oleh IU yang masing-masing tersenarai dalam lima album terlaris pada minggu ini.

Dengan lebih 563,805 unit telah terjual, EXO hanya di belakang BTS, Seventeen dan X1 untuk jualan album terlaris pada tahun 2019 ini, masing-masing dicapai menerusi album Map of The Soul: Persona (3,686,495 unit), An Ode (875,413 unit), dan Emergency : Quantum Leap (636,022 unit). Enam orang ahli EXO yang sedang aktif berkarya, Kai, Sehun, Baekhyun, Chen, Chanyeol dan Suho terlibat dalam jelajah promosi album manakala tiga lagi ahli lain: Lay Zhang, Xiumin dan Do Kyung Soo (D.O.) pula tidak dapat menyertainya. Xiumin dan D.O sedang menjalani latihan khidmat negara manakala Lay Zhang pula lebih sibuk memfokuskan aktiviti solonya di China. Bagi mempromosikan album tersebut, EXO telah menyertai rancangan sketsa jtbc Knowing Bros selain membuat persembahan di beberapa buah ‘music shows’ terkemuka. EXO juga akan membuat persembahan di Malaysia pada 14 Disember ini.

Sementara itu, IU masih mengekalkan dominasinya di dalam carta digital Gaon untuk jualan single terlaris buat tiga minggu berturut-turut menerusi lagu ‘Blueming’. IU sebelum ini telah melakar sejarah tersendiri apabila membolot hampir kesemua kejuaraan carta muzik Gaon dalam minggu pertama pelancarannya selain mencipta rekod sebagai artis solo wanita yang meraih jualan album solo tertinggi dalam seminggu untuk sepanjang zaman mengatasi pencapaian dibuat oleh Taeyeon dengan album Purpose-nya.

Sumber: gaon, donga

Komentar

comments

loading...