/Jungkook bakal didakwa di atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya

Jungkook bakal didakwa di atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya

Jungkook BTS akan menghadapi pendakwaan di atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya selepas polis menghantar laporan siasatan mereka berkenaan kes Jungkook kepada pihak pendakwaraya untuk diputuskan.

Seperti dipetik dalam portal kookmin ilbo, jurucakap pegawai polis Yongsan membuat pengumuman tersebut setelah mendapati Jungkook telah melanggar undang-undang lalu lintas dan juga undang-undang khas mengenai penyelesaian kes kemalangan yang berkaitan lalu lintas.

Terdahulu pada awal bulan November, media melaporkan bahawa Jungkook telah disoal siasat mengenai kemalangan jalanraya yang melibatkan dengan sebuah teksi. Idol itu kemudiannya mengaku bersalah kerana telah melanggar undang-undang lalu-lintas. Jungkook juga telah memberikan keterangannya kepada pihak polis dan berhasrat untuk menyelesaikan kes ini bersama mangsa. Polis mengesahkan Jungkook tidak mabuk sewaktu kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan kepada pelaku dan juga mangsa.

Sumber: kmib, seoul newspaper

Komentar

comments

loading...