/So Ji Sub jual bangunan miliknya sebagai persiapan untuk berkahwin tak lama lagi

So Ji Sub jual bangunan miliknya sebagai persiapan untuk berkahwin tak lama lagi

So Ji Sub dilaporkan telah pun menjual kembali bangunan Yeoksamdong miliknya di Gangnam, Seoul yang dibelinya pada sekitar tahun lepas.

Menurut portal money today, So Ji Sub telah berjaya mendapat keuntungan kasar sebanyak 7.8 billion won (~RM 27.3 juta) hasil jualan bangunan miliknya itu yang dibeli pada harga 29.3 billion won (~RM102.5 juta). Bangunan tersebut mempunyai 15 tingkat dengan kapasiti tanah seluas 342 meter per segi dengan keseluruhannya berjumlah 3312.48 meter per segi. So Ji Sub meletakkan namanya sendiri sebagai pemilik dan mengambil keputusan menjualnya selepas menyedari banyak permintaan daripada pembeli selain agak terbeban dengan cukai tanah sebanyak 1.5 billion won (~RM 5.2 juta).

Baru-baru ini, syarikat miliknya telah membeli 70 pyeong bangunan (bersamaan dengan 231 meter per segi) di Hannam The Hill, Hannamdong, Yongsan, Seoul dengan tunai sebanyak 6.1 billion won (~RM 21 juta). Keputusan diambil untuk membeli sebanyak boleh aset adalah sebagai persiapan untuk berkahwin dengan selebriti Jo Eun Jung tak lama lagi.

Kerjaya seni So Ji Sub bermula pada tahun 1995 sebagai model majalah ‘STORM’. Beliau kemudiannya menumpukan sepenuhnya di dalam bidang lakonannya, antaranya, drama KBS I am Sorry I Love You (MISA) menyebabkan namanya kian meniti di bibir penggemar drama korea di samping meraih anugerah Best Actor Baeksang Art Awards. So Ji Sub turut menerima pencalonan Best Actor 2nd CARI Kdrama Awards di atas lakonannya di dalam SBS Master’s Sun. Drama terakhir lakonannya adalah MBC Terius Behind Me.

Sumber: spottvnews

Komentar

comments

loading...