/Jaehyo Block B dikecualikan daripada menamatkan ‘military service’ kerana kecederaan yang serius

Jaehyo Block B dikecualikan daripada menamatkan ‘military service’ kerana kecederaan yang serius

Jaehyo Block B telah dikecualikan daripada menghabiskan baki latihan khidmat negara sejak menyertainya pada Disember tahun 2018.

Berdasarkan kenyataan daripada agensinya, Seven Seasons, perlepasan tersebut diberikan setelah Jaehyo menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah arahan Jabatan Ketenteraan Korea yang mendapati kesakitan yang dialaminya pada buku lali bertambah teruk menyebabkannya tidak dapat melakukan sebarang aktiviti berat. Akibatnya, Jaehyo telah ‘diturunkan’ pangkat ke gred 5 yang biasanya diberikan kepada sesiapa yang tak mampu lagi berkhidmat dalam ketenteraan. Jaeho dibebaskan terus selepas itu. Agensi turut memaklumkan bahawa Jaehyo akan menumpukan untuk mendapatkan rawatan khusus bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya.

Sebelum ini, Jaehyo pernah diberikan rehat sekejap setelah mengalami kecederaan serius pada buku lalinya. Beliau kemudiannya dibenarkan menyertai semula latihan khidmat negara pada 23 Mac 2019.

Sumber: heraldpop

Komentar

comments

loading...