/WINNER janjikan kejutan istimewa buat peminat di ‘WINNER [CROSS] TOUR in KL’ , Tiket CAT 2, CAT 3 habis dijual

WINNER janjikan kejutan istimewa buat peminat di ‘WINNER [CROSS] TOUR in KL’ , Tiket CAT 2, CAT 3 habis dijual

Kumpulan lelaki popular di Korea, Winner telahpun mengumumkan kunjungan mereka sekali lagi ke Kuala Lumpur sempena siri jelajah konsert WINNER [CROSS] TOUR. Konsert ini akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 Januari depan, tambah tolak, tinggal sebulan sahaja lagi. Diberitakan, WINNER akan memberikan kejutan buat peminatnya di Malaysia dan mengharapkan agar peminat mereka menantikan sesuatu yang baru sempena WINNER [CROSS] TOUR di Kuala Lumpur. (Sepanjang menaip ini, penulis dapat bayangkan kejutan itu pasti buat Inner Circle begitu teruja dan takkan melupakan momen-momen itu)

WINNER dianggotai oleh empat lelaki yang menawan iaitu YOON, JINU, HOONY dan MINO. Mereka mula mengecap populariti diseluruh negara sejak debut pada tahun 2013. Pada awal tahun 2019, WINNER menyapu bersih beberapa carta muzik utama dengan meletakkan lagu mereka “Ah Yeah” . Lima bulan kemudian, mereka kembali dengan album terbaru  <CROSS>! di mana single utamanya berjudul “SO SO” telah mendapat tontonan melebihi 4 juta kurang dari seminggu setelah ia diriliskan.

HOONY, si mood maker, akan mempersembahkan tarian Flamenco, di mana tarian itu mempunyai element Latin yang sangat kuat. Manakala JINU yang mempunyai vokal yang lembut dan mendamaikan pula bakal mempersembahkan sebuah lagu cinta dalam melafazkan cintanya kepada peminat. Si rocker YOON pula, pastinya akan mempersembahkan lagu yang bertemakan rock kesukaannya dan akan meminta peminat untuk turut serta bernyanyi. Akhir sekali, MINO yang mempunyai aura yang unik akan mempersembahkan variasi nyanyian yang berbeza khas untuk peminat tersayang.

WINNER [CROSS] TOUR IN KUALA LUMPUR akan diadakan pada 18 January 2020, mulai jam 6PM dan bertempat di  Axiata Arena, Bukit Jalil. Tiket-tiket dijual pada harga  RM717 (VIP Standing/ Seated), RM657 (CROSS Zone), RM587 (CAT 1), RM487 (CAT 2), and RM287 (CAT 3). Harga tiket tidak termasuk caj pemprosesan sebanyak RM4. Terkini : tiket untuk CAT 2 dan CAT 3 telah habis dijual. Jadi, kepada Inner Circle (kelab peminat WINNER) yang ingin menyaksikan persembahan WINNER secara langsung, dapatkan tiket anda dengan segera sebelum kehabisan. Peluang seumpama ini tidak boleh dijangka. Jika tidak 18 Januari depan anda bertemu WINNER, bila lagi anda akan berjumpa mereka lagi di Kuala Lumpur. Tiket konsert voleh dibeli secara atas talian menerusi www.ticketcharge.com.my.

Setiap individu dibenarkan untuk membeli sehingga 8 keping tiket seorang setiap kali pembelian. Pemegang tiket VIP layak untuk menebus SATU album <CROSS>. Mereka juga (pemegang tiket VIP) berpeluang untuk memenangi sesi fan signing yang diadakan di Malaysia yang mana pemenang akan dipilih secara rawak. Kelebihan esklusif ini pastinya sesuatu yang mana setiap Inner Circle idamkan dan sanggup buat apa saja dapatkannya!

Pihak penganjur, iMe MY juga menggesa para peminat untuk tidak membeli tiket dari mana-mana pihak ketiga atau mereka yang menjual semula tiket untuk mengelakkan daripada membeli tiket palsu. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, dan sesi fan signing sila teruskan mengikuti penganjur di platform media sosial di Facebook iMe MY, Twitter imemalaysia dan Instagram ime.malaysia.

Gambar 1 – kredit kepada YG Entertainment

Gambar WINNER seterusnya adalah sorotan WINNER [CROSS] TOUR in TAIPEI

Komentar

comments

loading...