/Upah peguam elit berhasil, Kang Ji Hwan terselamat daripada hukuman penjara terus walaupun didapati bersalah merogol

Upah peguam elit berhasil, Kang Ji Hwan terselamat daripada hukuman penjara terus walaupun didapati bersalah merogol

Kang Ji Hwan terselamat daripada dikenakan hukuman penjara terus walaupun selepas mahkamah mendapatinya bersalah kerana merogol. Hukuman itu dijatuhkan di atas perbuatan yang dilakukannya pada 14 Julai 2019 lalu setelah polis mendapati dirinya merogol salah seorang mangsa dan mencabul kehormatan yang lain.

Hakim mahkamah daerah Suwon itu, menjatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun dan 6 bulan dengan pergantungan di atas tempoh percubaan selama 3 tahun. Mahkamah turut memerintahkan Kang Ji Hwan menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam,rawatan terapi seks selama 40 jam dan dihalang daripada bekerja di tempat yang menyediakan perkhidmatan kepada kana-kanak dan orang kurang upaya selama 3 tahun. Sekiranya Kang Ji Hwan melanggar tempoh percubaan 3 tahun ini, beliau akan diarahkan menjalani hukuman penjara selama 2 tahun dan 6 bulan.

Sebelum ini, Kang Ji Hwan telah membuat pengakuan bersalah di hadapan mahkamah setelah dinasihati oleh peguam-peguamnya daripada kalangan elit meskipun beliau pernah cuba menafikannya sewaktu ditahan dalam siasatan dengan menegaskan dirinya tidak ingat apa-apa ketika hari kejadian lantaran dalam keadaan mabuk.

Sumber: sport seoul, ten asia

Komentar

comments

loading...