/Ikuti temubual bersama aktor tampan, Sung Hoon yang ingin rasa semua makanan Malaysia yang enak

Ikuti temubual bersama aktor tampan, Sung Hoon yang ingin rasa semua makanan Malaysia yang enak

Pada 19 Oktober lepas, pelakon serta penyanyi tampan ini sekali lagi telah mengunjungi Malaysia sempena ulang tahun Oh!K yang ke-5. Kehadiran Sung Hoon disambut meriah oleh para peminat yang menantinya sedari awal lagi. Untuk pengetahuan ramai, Sung Hoon merupakan peserta tetap bagi rancangan variety popular di Korea iaitu ‘I Live Alone’. Rancangan yang bersiaran setiap Ahad di Oh!K Ch 394, pada 10.50 malam seringkali ditunggu dan mendapat perhatian peminat di Malaysia.

Sedikit latar belakang mengenai Sung Hoon. Sung Hoon mula dikenali sebagai seorang perenang yang khusus untuk acara kuak kupu-kupu (stroke butterfly) dan pernah mewakili Korea selama 14 tahun. Namun setelah berdepan dengan kecederaan, dia terpaksa melupakan karier sebagai perenang negara. Kemudian, Sung Hoon mula berjinak-jinak dengan karier lakonan apabila mula membintangi drama SBS “New Tales of Gisaeng” dengan membawakan watak utama pada tahun 2011. Sejak itu, pujaan hati ramai ini telah memenangi pelbagai pencapaian antaranya New Star Award menerusi “New Tales of Gisaeng” dan Best New Actor menerusi “Five Enough”. Sung Hoon kemudian mula melebarkan populariti dan memiliki peminatnya tersendiri sehinggakan terpilih untuk membintangi rancangan variety popular Korea ini “I Liva Alone”

‘I Live Alone’ adalah sebuah rancangan yang membolehkan penonton untuk menyaksikan kehidupan harian selebriti kegemaran mereka. Penonton juga boleh melihat bagaimana mereka menguruskan kehidupan peribadi artis pujaan masing-masing. Sekaligus, rancangan ini adalah satu medium untuk peminat mengenali artis mereka dengan lebih dekat lagi. Bersempena dengan kehadiran Sung Hoon ini, pihak Oh!K berpeluang untuk menemuramahnya secara eksklusif.

Jom ikuti temuramah bersama Sung Hoon

1. Hampir dua tahun selepas kali terakhir awak kunjungi Malaysia dan nampaknya peminat awak di sini sangat merindukan awak! Apa reaksi awak tentang Malaysia sejak kali terakhir ke sini? Ada apa-apa perkara yang awak nak buat atau tengok di Malaysia?

Sung Hoon: Passion. Orang-orang di Malaysia sangat bersemangat. 

Saya nak sangat bersiar-siar menikmati kebudayaan dan permandangan disekitar Kuala Lumpur tanpa ditemani oleh pengawaI. Selain itu, saya nak juga mencuba makanan tempatan yang saya belum rasa. 

2. Boleh awak kongsikan dengan kami apa perancangan awak pada tahun hadapan? Ada apa-apa yang perlu kami nantikan?

Sung Hoon: Perancangan saya tahun depan sama je macam tahun ni. Saya masih lagi terlibat dalam produksi drama dan tentunya dalam rancangan “I Live Alone” juga. Saya juga merancang nak adakan beberapa fan meeting di seluruh Asia untuk bertemu dan dekati peminat saya dari pelbagai negara. 

3. Selain dikenali sebagai pelakon top di Korea Selatan, anda juga terkenal dengan kemahiran mengelolakan aktiviti DJ dan cukup dikenali dengan DJ Roiii. Bagaimana anda boleh terfikir nak gunakan nama “Roii” dengan mengandungi tiga huruf ‘I’? 

Sung Hoon: Saya rasa macam kosong sangat kalau ada satu je huruf ‘I’ jadi saya tambah lagi dua ‘I’ dibelakangnya. Baru nampak cantik design logo saya

4. Awak dah buat ramai penonton jatuh jati bila membawakan watak yang lelaki kacak dan menawan dalam drama-drama awak. Romantik yang bagaimana Sung Hoon dalam dunia sebenar? 

Sung Hoon: Saya memang bukan orang yang romantik. Kalau awak tonton saya dalam “I Live Alone”, itulah sisi sebenar saya, selalu clumsy. Boleh dikatakan saya normal je, macam orang yang lain.

5. Kami dengar awak ni pencinta anjing dan awak ada membela seekor anak anjing yang dinamakan, Yang Hee (anjing betina). Bagaimana dengan Yang Hee? 

Sung Hoon: Yang Hee sangat baik. Dia sedang membesar sejak saya mula membelanya. Saya harap dapat hentikan masa, jadi Yang Hee tak perlu membesar dengan cepat. Kadang-kadang saya tonton balik episode “I Live Alone” yang terdahulu bila saya teringatkan Young Hee sewaktu kecil. Sedang Yang Hee meningkat dewasa, dah nampak karakternya yang kuat dan dan ada tabiatnya sendiri. 

6. Sebagai pelakon, jadual harian awak mesti sibuk. Jadi, bila awak tak bekerja, apa yang biasanya awak buat? 

Sung Hoon: Biasanya saya duduk rumah saje dan bermain permainan di komputer. Sejak Yang Hee ada dalam hidup saya sekarang, saya akan luangkan masa bermain dengannya.

7. Kami tahu awak ni seorang yang pemakan. Jika awak boleh menikmati tiga hidangan saja sepanjang hisup, apakah makanan pilihan? Apakah resepi kegemaran awak ketika berada di rumah? Ada apa-apa makanan tak yang awak tak boleh makan?  

Sung Hoon : Soalan ni macam susah nak jawab. [ketawa]. Saya rasa saya akan pilih Kimchi Fried Rice, Ramyeon dan Bibimbap untuk tiga makanan yang akan saya nikmati. Resipi di rumah yang paling saya suka adalah Kimchi Fried Rice . Tentang makanan yang saya tak boleh makan, rasanya saya tak memilih sangat soal makan jadi jujurnya saya akan makan apa saja janji ianya sedap.

Kami mengharapkan agar Sung Hoon akan kembali semula ke Malaysia. Mungkin dengan mengadakan fan meeting pula. Para peminat pastinya tidak akan lepaskan peluang untuk turut serta jika aktor kacak ini sudi mengadakannya. Selamat maju jaya buat Sung Hoon.

Buat peminat Sung Hoon dan rancangan “I Live Alone” jangan lupa untuk saksikannya pada setiap hari Ahad, jam 10.50 malam hanya di Oh!K TV Asia Ch 394. Teruskan follow FB Oh!K (@OhK TV Asia) untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai hiburan Korea!

Komentar

comments

loading...