/Sung Hoon & Park Bo Gum sertai larian amal demi sokongan buat pesakit kecacatan saraf ‘Lou Gehrig’

Sung Hoon & Park Bo Gum sertai larian amal demi sokongan buat pesakit kecacatan saraf ‘Lou Gehrig’

Sung Hoon dan Park Bo Gum telah menyertai larian amal  “Miracle 365X With Ice Relay Run” di bawah organisasi amal, ‘Seungil Hope Foundation’ bagi mengumpulkan duit buat pesakit-pesakit yang terlantar di hospital akibat penyakit ‘Lou Gehrig’, yakni terjadi kerana kematian neuron yang mengawal otot sukarela di dalam tubuh mereka.

Larian amal tersebut yang bertempat di Ttukseom Resort,Jayang-dong, Gwangjin-gu, Seoul pada jam 8 pagi tadi, telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak 12,830,000 won (~RM 45,345) dan akan disalurkan sebagai bantuan untuk projek pembinaan hospital ‘Lou Gehrig’ pertama di Korea. Korea Selatan antara negara yang paling ramai rakyatnya mengalami penyakit ‘Lou Gehrig’ dengan bebanan sepenuhnya pada keluarga mangsa yang terpaksa menjaga mereka sepanjang masa dan menghulurkan wang untuk kos operasi rawatan.

Seramai 366 pelari menyertainya dengan 61 kumpulan dibahagikan sama rata antara enam orang bagi setiap kumpulan untuk mencapai larian sejauh 12km. Sung Hoon dan Park Bo Gum di dalam kumpulan yang sama, masing-masing telah berlari sebanyak 2km dan mencatat masa yang agak baik.

Terima kasih Sung Hoon dan Park Bo Gum kerana berbakti untuk mereka yang menderita akibat penyakit saraf ini.

Sumber: chosun ilbo , koreascience

Komentar

comments

loading...