/Jun Ji Hyun dilaporkan bakal sertai drama Netfix Kingdom bersama-sama Joo Ji Hoon & Bae Doo Na

Jun Ji Hyun dilaporkan bakal sertai drama Netfix Kingdom bersama-sama Joo Ji Hoon & Bae Doo Na

Jun Ji Hyun (Giana Jun) dilaporkan akan menyertai drama Netflix Kingdom siri kedua dan ketiga, menampilkan dirinya sebagai watak pembantu yang sangat penting untuk keseluruhan cerita.

Menurut laporan chosun-ilbo, kemunculan Jun Ji Hyun di dalam drama berkenaan telah dirahsiakan sejak beberapa hari yang lalu. Penggambaran di bahagian yang melibatkan Jun Ji Hyun telah dibuat berasingan dengan pengambaran melibatkan adegan pelakon-pelakon lain, dengan kemunculannya dijadikan adegan di saat-saat akhir sebelum musim ke-2 melabuhkan tirainya. Beliau akan melakonkan watak yang sangat penting untuk musim ke-3 seterusnya yang belum lagi menjalani penggambaran.  Bagaimanapun, agensinya belum dapat mengesahkan penglibatan Jun Ji Hyun di dalam musim ke-3 nanti.

Penglibatan Jun Ji Hyun di dalam Netflix Kingdom ini bakal menjadikannya sebagai drama pertama lakonan Jun Ji Hyun sejak lebih dua tahun yang lalu, kali terakhir menerusi SBS Legend of The Blue Sea bersama Lee Min Ho. Beliau pernah dinobatkan Best Actress 3rd CARI Kdrama Awards melalui SBS My Loves From The Star di atas lakonannya yang gila-gila dan sangat mempesonakan. Beliau pernah menerima tawaran lakonan untuk membintangi drama tulisan adik-beradik Hong, namun belum membuat apa-apa keputusan mengenainya lagi.

Musim pertama Netflix Kingdom akan membawa penonton menyelongkar misteri di sebalik penularan wabak penyakit sehingga mencetuskan kelahiran mayat hidup (“zombies”) dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dari kumpulan diketuai oleh kerabat diraja. Ia dilakonkan oleh Bae Doo Na, Ju Ji Hoon dan Ryu Seung Ryong. Siri pertama itu telah berjaya meraih kritikan positif dalam kalangan peminat drama.

Sumber: sport chosun

Komentar

comments

loading...