/IU bolot hampir kesemua kejuaraan carta muzik Gaon; raih jualan album & single terlaris minggu ini

IU bolot hampir kesemua kejuaraan carta muzik Gaon; raih jualan album & single terlaris minggu ini

Lee Ji Eun (IU) bukan lagi sekadar jaguh kpop semata-mata, malah beliau telah pun membuktikan keupayaannya menguasai pasaran muzik Korea dalam sekelip mata saja. Jika Malaysia mempunyai Siti Nurhaliza di zaman kegemilangannya, maka Korea memiliki IU sebagai ratu solo kpop paling berjaya setakat ini.

IU sebelum ini telah melakar sejarah tersendiri apabila beliau mencipta rekod sebagai artis solo wanita yang meraih jualan album solo tertinggi dalam seminggu untuk sepanjang zaman mengatasi pencapaian dibuat oleh Taeyeon dengan album Purpose-nya. Beliau melakukannya dengan album mini keenam, ‘Love Poem’, seperti dalam ramalan, telah pun menguasai kedudukan no.1 dalam carta Gaon minggu ini. Ia juga akan menjadi pencapaian terbaik untuk rekod album solonya sepanjang berkarya memandangkan kejayaan IU sebelum ini lebih tertumpu pada rekod jualan digital singles terlaris yang diraihnya menerusi lagu-lagu hebat seperti ‘Through The Night’, ‘You & I” dan ‘Good Day’. Malah, ketiga-tiga lagu itu telah tercacat antara lima lagu paling laris sepanjang zaman dengan jualan melebih 4 juta unit.

‘Love Poem’  mengandungi lebih enam buah lagu dengan single utama, ‘Love Poem’ dikeluarkan beberapa minggu lebih awal tanpa sokongan video klip. Single ‘Love Poem’ telah pun menduduki no.1 dalam carta Gaon bertarikh dua minggu lepas selain mencipta kesempurnaan dalam dominasi carta-carta muzik dalam minggu pertama pelancarannya.  Serentak dengan pelancaran album itu pula, IU mengeluarkan dua buah lagu, ‘Blueming’ dan ‘About The Time’ masing-masing disusuli dengan video klip tersendiri. ‘Blueming’ telah pun mengekori kejayaan single ‘Love Poem’ dalam mencipta kesempurnaan dominasinya dalam pasaran muzik Korea dengan membolot kedudukan no.1 di dalam carta digital, carta penstriman dan carta download pada minggu ini.

Buat peminatnya di sini, IU akan menggegarkan Malaysia dalam siri jelajah konsert ‘Love Poem’ pada 21 Disember 2019 nanti bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan tiket konsert IU, bolehlah layari laman web buyticket.com.my.

Sumber: gaon, kookbang

Komentar

comments

loading...