/Ibu bapa ahli kumpulan TRCNG nak ambil tindakan terhadap Wooyeop dan Taeseon

Ibu bapa ahli kumpulan TRCNG nak ambil tindakan terhadap Wooyeop dan Taeseon

Nampaknya isu melibatkan TRCNG belum capai jalan penyelesaian. Terbaru keluarga kepada 8 ahli TRCNG yang masih tinggal telah ambil keputudan untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Wooyeop, Taeseon dan keluarga mereka.

Pada awal bulan ini,  Wooyeop and Taeseon telah memfailkan permohonan untuk menamatkan kontrak mereka bersama TS Entertainment atas sebab pengurusan yang lemah, keganasan selain penderaan yang dilakukan oleh pereka tari Park Sang Hyun. Agensi tersebut kemudian mengumumkan bahawa kumpulan itu akan beraksi seramai lapan orang kecuali Wooyeop dan Taeseon. Tidak lama selepas itu, satu surat yang mewakili ahli keluarga kepada kumpulan TRCNG yang masih tinggal dikongsi bersama media bagi menyatakan sokongan mereka terhadap aktiviti kumpulan tersebut di bawah pengurusan TS Entertainment. Dalam satu kenyataan balas yang dibuat oleh wakil Wooyeop dan Taeseon, pada asalnya 10 orang ahli TRCNG telah bersetuju dengan semua syarat-syarat untuk penamatan kontrak, namun lapan anggota lain dan keluarga mereka kemudian mengubah fikiran.

Pada 27 November, peguam yang mewakili keluarga lapan orang ahli TRCNG telah mengeluarkan satu kenyataan seperti berikut:

Pertama sekali, klien kami rasa sangat bersalah terhadap peminat yang menyayangi TRCNG dan TS Entertainment kerana perlu mengeluarkan kenyataan seumpama ini.

Klien kami, sangat cemas serta bimbang menantikan Wooyeop dan Taeseon, yang sebelum ini telah menimbulkan masalah,kembali semula ke pangkuan TRCNG dan menyambung semula aktiviti yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, bertentangan dengan hasrat itu, Wooyeop, Taeseon, dan ibu bapanya telah mengeluarkan pelbagai kenyataan palsu dan mencipta khabar angin, dan mereka menaikkan dan menyebarkan berita ini, bahkan turut memfailkan aduan jenayah terhadap TS Entertainment. Disebabkan itu, klien kami rasa sangat sedih dan marah.

Wooyeop, Taeseon, dan ibu bapa mereka cuba mencetuskan konflik antara klien kami dan TS Entertainment sejak beberapa bulan lalu dengan mengatakan pembohongan kepada klien kami dan anggota TRCNG yang lain. Mereka juga seolah mengambil peranan sebagai mangsa keadaan dan dalam masa yang sama memberikan kenyataan palsu kepada media sekaligus mencalarkan reputasi TS Entertainment. Wooyeop dan Taeseon juga telah memberitahu media mengatakan mereka seolah-olah telah dikhianati oleh anggota TRCNG yang lain, di mana kesemua mereka telah melalui susah senang bersama. Secara tidak langsung, kenyataan itu telah merosakkan imej dan reputasi ahli TRCNG yang masih kekal. Tindakan ini tidak menunjukkan semangat setia kawan.

Klien kami tidak akan berdiam diri dengan segala pembohongan yang telah dilakukan oleh Wooyeop, Taeseon dan ibu bapanya kepada media serta orang ramai. Kami akan menjelaskan kepada umum bahawa semua tuntutan mereka adalah palsu dan diperbesar-besarkan sahaja, Kami akan mengambil tindakan undang-undang melalui firma undang-undang Seewan dan kami akan pastikan Wooyeop, Taeseon, serta ibu bapa mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesemua kesalahan mereka.

Sekali lagi kami tunduk hormat untuk menyatakan rasa terima kasih kepada semua yang menyayangi dan menyokong TRCNG. Kami juga memohon maaf kerana menyampaikan berita kurang baik ini. .

2019.11.27. Daripada ibu bapa lapan orang ahli TRCNG.

Semoga isu ini segera mencapai penyelesaiannya agar kumpulan TRCNG dapat kembali aktif tanpa sebarang gangguan.

Sumber : Hankookilbo

Komentar

comments

loading...