/6 seleksi drama Korea terbaru bersiaran sepanjang Disember sekaligus menutup tirai drama Korea bagi tahun 2019

6 seleksi drama Korea terbaru bersiaran sepanjang Disember sekaligus menutup tirai drama Korea bagi tahun 2019


Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Diam tak diam, dah sampai ke penghujung 2019 gais! Cepat betul masa berlalu pergi. Biarpun tahun 2020 menghampiri, macam biasa, kami kongsikan beberapa drama Korea terbaru yang akan bersiaran dan sekaligus menjadi penamat drama Korea pada tahun 2019. Lebih 80 buah drama Korea yang dah bersiaran sepanjang tahun ni, agaknya dah berapa banyak yang berjaya ditonton sehingga habis?

Seleksi bulan Disember ni, ada beberapa drama yang sepatutnya ditayang bulan November telah ditunda tayangannya berikutan liputan sukan oleh rangkaian yang berkaitan. Pilihannya tak banyak namun agak sukar juga untuk buat pilihan memandangkan hero dan heroinnya memang menarik minat untuk ditonton. Ada 10 buah drama yang mungkin akan menjadi kegemaran korang untuk ditonton. Apapun, let’s check it out the list.

1. 9.9 billion Woman (KBS)

“9.9 Billion Woman” adalah sebuah drama mengenai seorang wanita bernama Jung Seo Yeon yang secara kebetulan mendapat wang berjumlah 9.9 bilion won (kira-kira $ 8.3 juta) secara tunai dan seorang lelaki bernama Kang Tae Woo yang bertemu Jung Seo Yeon sambil merungkai kebenaran tentang kematian adiknya.

Jung Seo-yeon lakonan Jo Yeo Jeong, digambarkan seringkali terperangkao dalam kehidupan yang tiada harapan. Setelah bertahun menderita akibat keganasan ayahnya, dia akhirnya menemui tempat berlindung. Setelah itu Jung Seo Yeon berkahwin dan meninggalkan rumah untuk memulakan kehidupan baru bersama suamu. Namun kebahagian itu tidak bertahan lama dan kehidupannya bersama suami menjadi tegang. Ketika Seo Yeon merasakan tiada lagi harapannya, entah bagaimana menerima wang tunai sejumah 9.9 billion secara kebetulan dan mula melawan dunia untuk menjalani kehidupan yang dia mahu.

Kim Kang Woo pula memegang watak Kang Tae Woo atau digelar ‘lembu gila’ kerana sering bertindak melulu tanpa mengambilkira pandangan orang lain. Kang Tae Woo merupakan bekas detektif yang meninggalkan pekerjaan impiannya itu setelah dituduh menerima rasuah. Dia kemudian mengembara tanpa hala tuju selepas kematian adiknya. Pada saat Kang Tae Woo ingin merungkai punca kematian sebenar adiknya, dia bertemu dengan Jung Seo Yeon.

Turut membintangi drama ini adalah Jung Woong In, Lee Jae Hoon, Oh Na Ra dan Youngjae (B.A.P). “9.9 Billion Woman” akan diarahkan oleh PD Kim Young Jo, yang pernah mengarahkan  “Hwarang,” “Oh My Geum Bi,” dan “Jang Young Sil.” Manakala drama ini ditulis oleh penulis skrip Han Ji Hoon, yang pernah menghasilkan naskhah “Night Light,” “Temptation,” “Time Between Dog and Wolf,” dan “Dr. Jin.”

“9.9 Billion Woman” akan mula ditayangkan pada 5 Disember depan dirangkaian KBS World TV Ch 391 dan Ch 392 HD jam 9.10 malam bagi mengisi slot drama Khamis – Jumaat .

2. Stove League (sbs)

SBS Hot Stove League berkisarkan tentang bagaimana seorang pengarah baru ditugaskan untuk memastikan kelab liga besbol kelolaan tersedia untuk bertanding di dalam beberapa musim akan datang.

Park Eun Bin akan memegang watak sebagai Lee Se Young, pengurus kelab sukan professional besbol, Dreams. Lee Se Young mengimpikan untuk menjadi antara mereka yang ke hadapan dalam memacu kelab besbol idamannya, dan beliau sering menyimpan bingkisan nota-nota sebagai khazanah yang mahu diselongkarnya apabila perlu. Lee Se Young satu-satunya pengurus perempuan dan termuda sekali dalam kalangan kelab liga besbol yang ternama. Beliau tidak berputus asa dalam memastikan kejayaan Dreams.

Manakala, Nam Goong Min pula akan membawakan watak pengarah kelab Dreams bernama Baek Seung Soo yang sering bercanggah pendapat dengan Lee Se Young dalam menentukan hala tuju kelab dan bagaimana mereka menghadapi situasi kritikal untuk menyelesaikan masalah pemain satu persatu.

Sojin (Girls Day) akan mengambil peranan Kim Young Chae, bekas pemain softball yang kini bertindak sebagai juruhebah bagi saluran sukan. Kim Young Chae, dengan kelebihan dan kepakarannya sebagai juruhebah, dia akan mempengaruhi pasukan besbol profesional yang dikenali sebagai Dreams yang sentiasa berada di tempat terakhir dalam liga.

“Stove League” akan ditayangkan mulai  14 Disember dirangkaian ONE TV ASIA CH 393, setiap Sabtu dan Ahad jam 6.10 petang. Drama ini akan ditayangkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea. 

3. Crash Landing of Love / Love’s Emergency Landing (tvN)

‘Crash Landing of Love’ berkisarkan tentang anak hartawan terkemuka bernama Yoon Seo Ri yang dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara akibat leka bermain payung terjun. Yoon Seo Ri diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk. Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat.

‘Crash Landing of Love’ ditulis sepenuhnya oleh Park Ji Eun (“SBS My Loves From The Star”,” SBS Legend of The Blue Sea”) manakala pengarah Lee Jung Hyo (“tvN Good Wife”, “OCN Life On Mars”, “tvN Romance Is a Bonus Book”) pula dipertanggungjawabkan untuk mengemudi drama ini.

Son Hye Jin  akan memegang watak anak hartawan terkemuka bernama Yoon Seo Ri. Pada suatu hari, kemalangan terjadi apabila Yoon Seo Ri yang sedang leka bermain payung terjun tiba-tiba dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara.  Yoon Seo Ri  diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin). Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat. Akhir sekali, Seo Ji Hye akan memainkan watak Seo Dan, seorang ahli muzik berketurunan sosialit yang membesar di Korea Utara dengan ibu dan bapanya masing-masing merupakan pemilik pusat beli-belah terkenal di Pyongyang dan pegawai tertinggi kerajaan.

Sementara itu, Kim Jung Hyun akan melakonkan watak seorang usahawan muda yang kaya-raya dan memiliki hobi menunggang kuda, Goo Jun Hee. Dia digambarkan sebagai seorang yang penuh misteri. Pada suatu hari, Goo Jun Hee hilang tanpa jejak dan kehilangannya itu akan berkait dengan pelbagai karakter.

“Crash Landing of Love” akan disiarkan menerusi rangkaian tvN mulai 14 Disember depan bagi mengisi slot drama hujung minggu.

4. Selection: The War Between Women – TV Chosun 15 disember

“Selection – Girls’ War” adalah sebuah drama bertemakan fantasi sejarah yang menceritakan tentang pertandingan yang luar biasa dalam memilih ratu baru, yang merupakan satu-satunya orang di dalam kerajaan yang dapat memiliki kekuasaan tanpa dikaitkan dengan keluarga diraja. Boleh dikatakan ianya diibaratkan satu peperangan dibantara wanita yang ingin menjadi ratu.

Jin Se Yeon mengambil peranan Kang Eun Bo, seorang wanita yang ingin menjadi ratu untuk mengetahui kebenaran di sebalik pembunuhan adik kembarnya. Walaupun dia mungkin kelihatan lemah, dia bertekad dan sanggup mengambil sebarang cabaran untuk mencapai misinya. Watak Kang Eun Bo dijangka akan meraih simpati para penonton.

Ini merupakan drama sejarah pertama buat Kim Min Kyu. Dia akan membawakan watak sebagai Yi Kyung, seorang yang cerdik pandai dan putera raja yang menawan. Secara naturanya, Yi Kyung akan menjadi raja kerana dia merupakan satu-satunya keturunan daripada keluarga diraja. Kim Min Kyu berharap dapat menampilkan karakter Yi Kyung, yang telah melalui pelbagai transformasi apabila dia mempelajari makna sebenar sebagai seorang raja, mengejar impiannya untuk mencari cinta sejati, dan yang paling penting, menunjukkan perubahan serta perkembangan sepanjang proses tersebut.

Lee Yul Eum pula melakonkan watak Jo Young Ji, seorang yang ceria dan beremosi serta merupakan anak kepada keluarga bangsawan. Dia merasakan selalu berdepan dengan masalah kerana kecuaiannya dan berharap dapat menjadi wanita yang dicintai Yi Kyung.

Watak Wal akan di bawakan oleh Lee Si Eon. Wal digambarkan seorang yang banyak mulut dan suka mengumpat. Sebagai seorang pelakon yang telah membuktikan kemahiran lakonan yang versatile, ramai yang teruja untuk saksikan transformasi Lee Si Eon dalam karakter yang terbaru ini.

Do Sang Woo akan memegang watak sebagai Lee Jae Hwa, seorang lelaki dari hidup gelandagan ke barisan pertama untuk menaiki takhta. Karakter Do Sang Woo digambarkan seorang yang kelakar tetapi berdepan bahaya apabila secara kebetulan memasuki istana dan seringkali cuai hidup di dalam istana itu. Lee Jae Hwa juga tidak belajar menulis dengan baik.

Produksi juga memberitahu, “Kelima-lima pelakon ini mempunyai keistimewaan masing-masing dan akan bergabung dalam satu drama yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini. Jadi, sila nantikan drama  ‘Selection-Girls War,’ yang bertemakan sejarah fantasi, thriller dan dihiasi dengan percintaan. ” Drama ini akan bersiaran menerusi TV Chosun mulai 15 Disember depan.

5. Black Dog (tvN)

Drama ini berkisarkan tentang kehidupan di sekolah menengah yang berubah selepas kemunculan cikgu ganti sambilan baru, diberikan gelaran sebagai ‘Black Dog’ yang mana kedatangannya adalah untuk berkhidmat kepada semua orang, bukan sekadar mengajar ilmu pendidikan seperti biasa dipertontonkan di dalam kerangka persekolahan selama ini. “Black Dog” juga turut menyorot kehidupan seorang guru yang sentiasa mendidik masyarakat melalui persekitaran sekolah.

Seo Hyun Jin akan memegang watak Go Ha Neul,  seorang guru baru yang dilantik untuk mengajar dalam tempoh yang pendek atau lebih dikenali sebagai guru gantian di sebuah sekolah swasta. Go Ha Neul mengimpikan untuk menjadi seorang guru kerana rasa terima kasihnya kepda guru-guru yang telah memberikannya kehidupan yang baik. Dia juga akan bersama-sama pelajar menghadapi pelbagai isu mengenai perjalanan pengurusan sekolah swasta yang banyak memberikan tekanan. “Black Dog” merupakan drama terbaru Seo Hyun Jin sejak :The Beauty Inside” pada tahun lepas dan dia turut menyatakan, “Saya saya bersyukur untuk menyertai genre drama seumpama ini kerana ia jarang-jarang diadakan. Saya percaya team kami mampu memberikan kerja berpasukan yang hebat. Sila nantikannya.”

Turut sertai Seo Hyun Jin adalah Ra Mi Ran yang akan memegang watak Park Sung Soon, ketua jabatan kaunseling dan kerjaya disekolah berkenaan. Park Sung Soon juga dikenali sebagai seorang yang gila bekerja (workaholic) dan akan melakukan apa saja untuk pelajarnya. Dia bahkan sanggup melawat sekolah bagi pihak pelajar untuk berjuang demi pelajarnya. Park Sung Soon merupakan mentor kepada Go Ha Neul  dan dijangka Seo Hyun Jin serta Ra Mi Ran akan berkongsi satu ikatan yang isitimewa dalam drama ini. Ra Mi Ran memberitahu, “Saya sangat tertarik dengan hakikat bahawa drama ini fokus kepada guru dan bukannya pelajar. Saya fikir saya dapat menunjukkan sisi baru saya melalui watak Park Sung Soon. Dengan menyentuh isu sebenar mengenai kemasukan kolej, sekolah swasta dan persaingan yang sengit yang dihadapi para pelajar, saya rasa penonton mampu untuk kaitkan perkara ini dan menikmati drama tersebut.”

Ha Joon pula akan membawakan watak Do Yeon Woo, seorang guru bahasa Korea yang begitu berkobar-kobar semangatnya tentang mengajar dan dia mengajar dengan hati yang ikhlas. Do Yeon Woo percaya dengan bakat mampu menangani politik pejabat dan mengelak daripada menyertai perkara seumpama itu serta memilih untuk menjadi individu yang lebih baik mengikut haluannya. Ha Joon juga memberitahu, “Saya rasa ‘Black Dog’ akan menceritakan mengenai individu yang bukan pilihan. Saya tidak hanya kaitkan dengan watak Go Ha Neul, tapi dengan pelbagai lagi karakter dalam drama ini. Dan ini yang membuatkan saya ingin menyertai projek ini. Kami berharap dapat menceritakan kisah orang biasa dan memberi tumpuan kepada siapa mereka, bukannya berdasarkan label yang masyarakat meletakkan kepada mereka.”

tvN ‘Black Dog’ akan diarahkan oleh Han Dong Hwa (“OCN Squad 38” , “OCN Bad Guys: The Vile City”) dan penulis skrip baru, Park Joo Yeon yang pernah menukilkan drama satu episod – The Woman Who Makes the Last Meal, disiarkan pada awal Februari 2018. Drama ini dirancang penyiarannya pada 16 Disember depan bagi mengisi slot drama Isnin-Selasa pada jam 9.30 malam KST.

6. Diary of a Prosecutor (JTBC)

JTBC ‘Diary of a Prosecutor’ merupakan adaptasi daripada gugusan esei yang ditulis oleh seorang pendakwaraya bernama Kim Woong berdasarkan pengalaman bekerjanya selama 18 tahun di bawah institusi kerajaan, Jabatan Pendakwaraya Korea sejak tahun 2000 di mana beliau mengendalikan kes-kes terpencil yang diserahkan oleh pihak polis setiap hari. Nukilan ini mungkin lain daripada kebiasaan drama korea yang sering memaparkan kisah pendakwaan melibatkan pegawai tertinggi kerajaan, politikus, ataupun syarikat-syarikat besar.

Lee Sun Kyun akan membawakan watak seorang pendakwaraya bernama Lee Sun Woong, yang bekerja di Pejabat Pendakwa Raya di sebuah daerah. Pada luarannya, dia kelihatan agak perlahan dan tidak matlamat dalam hidupnya, namun dalamannya sangat berbeza dengan apa yang ditonjolkan secara fizikal.

Jung Ryeo Won pula memegang peranan Cha Myung Joo, seorang pendakwaraya elit yang semakin meningkat naik di Pejabat Pendawaraya Pusat  sebelum dihantar ke pejabat cawangan. Ini merupakan kali kedua Jung Ryeo Won memegang watak sebagai pendakwaraya selepas drama “Witch at Court”.

Drama ini mendapat kerjasama daripada penulis Park Yeon Seon dan sutradara Lee Tae Gon sebelum ini pernah bekerja bersama menerusi drama “Hello, My Twenties!” (2016) dan “Hello, My Twenties! 2” (2017). “Diary of Prosecutors” akan mula bersiaran dirangkaian JTBC mulai 16 Disember depan bagi mengisi slot drama Isnin dan Selasa.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys!

 

Komentar

comments

loading...