/Netizen seriau Heechul Super Junior tiba-tiba memprivasikan akaun sosial-nya & ‘unfollow’ kesemua

Netizen seriau Heechul Super Junior tiba-tiba memprivasikan akaun sosial-nya & ‘unfollow’ kesemua

Sejurus selepas berita kematian Goo Hara, Kim Hee Chul Super Junior didapati telah memprivasikan akaun media sosialnya termasuklah instagram dan twitter serta membatalkan segala ikutan (“following”) dibuat ke atas orang lain.

Tindakan Heechul itu dikatakan telah menimbulkan ketakutan kepada netizen kerana ia dilakukan di luar kebiasaannya lagi-lagi beliau mempunyai hubungan yang sangat erat dengan mendiang Goo Hara dan Sulli. Sejak kematian Sulli, Heechul tetap meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa walaupun dilihat pernah berkabung sekejap. Beliau juga dikatakan membela kucing peninggalan mendiang Sulli dan tidak menafikannya apabila ditanya oleh netizen kemudiannya.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-duanya dalam selang sebulan saja sudah semestinya meninggalkan kesan yang sangat menyedihkan buat Heechul sehingga menyebabkan beliau mengambil tindakan sedemikian rupa. Semoga tiada perkara buruk berlaku pada Heechul.

Komentar

comments

loading...