/Ketiak basah Jun So Min bantu naikkan rating Running Man

Ketiak basah Jun So Min bantu naikkan rating Running Man

Rancangan Running Man memang popular seluruh asia namun di Korea rating mereka hanya suam suam kuku. Malahan rancangan ini pernah hendak diberhentikan. Namun kali ini nampaknya mereka semakin menambat hati penonton di Korea.

Episod yang ditayangkan pada 17 November berjaya mencatat “rating” 8.3%  (Sumber: Nielsen Korea).  Mereka juga turut mendapat “rating tertinggi dalam satu minit -10% selama 5 minggu berturut-turut. Jika momentum ini berterusan mereka berpotensi mendapat  “rating” tertinggi melebihi rekod sekarang iaitu 8.5%.

Reaksi netizen juga menggalakkan dengan banyak klip-klip mereka yang tular. Episod “House-Joker’s House With No Exit” yang ditayangkan pada 20 Oktober adalah episod yang menjadi sebutan ramai. Pelbagai watak muncul dalam misi mereka yang memerlukan mereka tidak ketawa.

Saksikan klip ini. Apa kata anda juga cuba untuk tidak ketawa  ?

Pasti anda ketawa terbahak-bahak bukan ?

 

 

Klip ini telah berjaya mendapat lebih dari 2 juta tontonan apabila dikongsikan di portal rasmi  dan media sosial.

Episod yang menampilkan tetamu jemputan Hwang Bora dan Go Min Si juga berjaya mendominasi kata carian waktu semasa ketika episod mereka disiarkan.Episod minggu lepas juga menyaksikan ketiak basah Jun So Min menjadi topik hangat dengan klip babak tersebut hampir mencecah 1 juta tontonan. Tak baik tau !

Atau jom saksikan video ini

Ini adalah tahun ke 9 Running Man disiarkan, mereka juga telah menganjurkan perjumpaan peminat pertama mereka di Korea dan belajar tarian berkumpulan yang mengagumkan.

Siapa sangka Song Ji Hyo berjaya menari sebegini.

Pilihan peribadi penulis pula ialah klip ini pembukaan episod yang paling tidak dilupakan!

Yang mana satu episod kegemaran anda  ?

Running Man disiarkan di saluran SBS setiap Ahad 5pm KST. Ia juga turut disiarkan di OneHD di Astro setiap Jumaat 11:05pm minggu yang sama dengan siaran Korea.

Sumber : Naver , SBS, Kocowa

Komentar

comments

loading...