/[Gempar] Goo Hara meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri

[Gempar] Goo Hara meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri

Goo Hara bersama Sulli yang merupakan sahabat karibnya.

Penyanyi yang dikenali dengan hubungan yang rapat dengan mendiang Sulli, Goo Hara telah ditemui meninggal dunia.

Menurut keterangan daripada polis Korea yang dihubungi jam 6 petang waktu Korea tadi, Goo Hara ditemui tidak bernyawa di rumahnya, Cheongdamdong, Seoul. Polis sedang menyiasat samada Goo Hara dipercayai membunuh dirinya atau dibunuh oleh seseorang.

Gambar terakhir Goo Hara di dalam laman instagram-nya.

Baca lagi : Goo Hara sebak bila terkenangkan Sulli sudah tiada lagi untuk temaninya disisi

Sejak meluahkan rasa sedihnya di atas kehilangan sahabat karibnya, Sulli, Goo Hara dilihat banyak menghabiskan masanya berinteraksi bersama netizen di laman instagram dan sedang mempromosikan single terakhir keluarannya, ‘Midnight’ sebaik saja pulang dari Jepun.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: seoul.co.kr , popheraldcop, hankookilbo

Komentar

comments

loading...