/Episode terakhir ibarat tergantung sepi, kemungkinan sekuel “Vagabond” bakal menyusul

Episode terakhir ibarat tergantung sepi, kemungkinan sekuel “Vagabond” bakal menyusul

Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati apabila episode terakhir “Vagabond” bagaikan tergantung. Rata-ratanya meminta agar produksi menghadirkan musim kedua. Namun, pada hari ini produksi drama itu beri maklum balas samada musim kedia itu satu kenyataan atau sebaliknya.

“Vagabond” adalah sebuah kisah yang bertemakan perisikan dan menampilkan aksi-aksi thriller lakonan Lee Seung Gi, Suzy, Shin Sung Rok dan ramai lagi. Drama ini telah merekodkan purata tontotan peribadi terbaik pada episode terakhir dengan 9.3%, 11.7% dan 13.1% untuk tiga bahagian.

Pada 24 November, sumber dari Celltrion Entertainment, yakni syarikat produksi drama ini berkongsi sewaktu satu temubual bersama OSEN yang menyatakan, “Tempoh pengambaran sangat panjang, jadi kesemua yang terlibat resa lega dan dalam masa yang sama turut keletihan. Produksi drama ini mengambil masa selama 11 bulan dan jika kamu buat kira-kira tentang perancangan masa, ia tidaklah selama dari itu.”

“Vagabond” telah melabuhkan tirainya dengan pengakhiran yang tergantung dan buatkan penonton berharap untuk musim yang kedua. Sunber itu mendedahkan, “Ianya telah dirancang dan memang terniat untuk hasilkan musim ke-2. Bagaimanapun, semuanya belum muktamad lagi dan masih lagi dalam perbincangan. Kami akan teliti dulu jadual para pelakon, penulis skrip dan juga pengarah. ”

Sumber itu juga turut menyatakan rasa terima kasihnya kepada para pelakon dan tenaga produksi. Mereka memberitahu, “Teraju utama ‘Vagabond’ telah terikat dengan komitmen terhadap drama ini selama 11 bulan. Jadi sepanjang 40 hari lebih kurang ketika melakukan pengambaran di luar negara, mereka semua tinggal bersama dengan keadaan yang baik. Ianya sangat menyeronokkan kerana semuanya sekepala dan kami jalani penggambaran dwnhan gembira serta penuh harmoni. Saya sangat berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja dan para pelakon.”

Jadi, peminat drama ‘Vagabond’ adakah korang gembira dengan peekhabaran ini? Pada yang belum menonton, boleh menontonnya menerusi Netflix.

Sumber : Hankyung | Sports.chosun 

Komentar

comments

loading...