/Park Hyung Sik tak lepaskan peluang hadiri anugerah dengan mengenakan pakaian seragam tentera

Park Hyung Sik tak lepaskan peluang hadiri anugerah dengan mengenakan pakaian seragam tentera

Abam Park Hyung Sik mengejutkan tetamu apabila turut hadir ke Anugerah Blue Dragon Film kali ke-40 dengan berpakaian seragam tentera kerana pelakon itu masih lagi menjalani khidmat tenteranya. Jadi, banyak mata tak lepas untuk memandangnya yang tampan dalam pakaian rasmi tentera.

Pada 21 November lepas, Park Hyung Sik tercalon dalam Anugerah Blue Dragon Film kali ke 40h dan berjaya membawa pulang Popular Star Awards disamping Yoona Girls’ Generation, Lee Kwang Soo, dan Honey Lee.

Apabila Park Hyung Sik naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut, dia menyapa para tetamu dengan tabik hormat. MC Kim Hye Soo kemudian bertanyakan soalan watak bagaimana yang ingin dilakonkannya selepas tamat khidmat tentera. Park Hyung Sik dengan jenaka menjawab, “Saya sedang berkhidmat, jadi saya rasa saya boleh membawakan apa-apa watak, tak kesahlah watak apa pun. Saya akan buat sehabis baik. Perkhidmatan saya berbaki setahun saja lagi. Saya akan kerja dengan lebih keras lagi untuk perbaiki apa yang patut”

Pada situasi yang berbeza pula, semasa di atas pentas, Park Kyung Lim menunjukkan Park Hyung Sik yang duduk di antara para tetamu yang ramai dan berjenaka bahawa pelakon itu mudah dilihat kerana pakaian seragamnya.

Dia kemudian meminta Park Hyung Sik menyapa tetamu dan turut meminta pelakon Jung Hae In yang duduk disebelahnya berbuat perkara yang sama. Mereka berdua kemudian berdiri dan memberikan tabik hormat tentera kepada kamera yang fokus kepada mereka.

Park Hyung Sik mula memulakan khidmat tentera pada 10 Jun dan kini sedang berkhidmat sebagai askar aktif dijabatan polis tentera  Capital Defense Command.

Antara tetamu yang mendapat perhatian ramai pada malam anugerah adalah pelakon Kim Woo Bin yang buat kemunculan pertama dikhalayak ramai setelah menyepi lebih 2 tahun kerana bertarung dengan kanser dihidapinya. Kim Woo Bin dilihat semakin sihat dan kelihatan gembira.

Apapun tahniah buat Park Hyung Sik dan semua pemenang di Anugerah Blue Dragon Film yang ke-40 seperti di bawah.

Best Film: “Parasite”
Best Director: Bong Joon Ho (“Parasite”)
Best Actor: Jung Woo Sung (“Innocent Witness”)
Best Actress: Jo Yeo Jeong (“Parasite”)
Best Supporting Actor: Jo Woo Jin (“Default”)
Best Supporting Actress: Lee Jung Eun (“Parasite”)
Best New Actor: Park Hae Soo (“By Quantum Physics: A Nightlife Venture”)
Best New Actress: Kim Hye Joon (“Another Child”)
Best New Director: Lee Sang Geun (“EXIT”)
Popular Star Award: Lee Kwang SooHoney LeePark Hyung Sik, Girls’ Generation’s YoonA
Audience Choice Award for Most Popular Film: “Extreme Job”
Best Screenplay: Kim Bo Ra (“House of Hummingbird”)
Best Cinematography—Lighting: Kim Ji Yong, Jo Kyu Young (“Swing Kids”)
Best Editing: Nam Na Young (“Swing Kids”)
Best Music: Kim Tae Sung (“Svaha: The Sixth Finger”)
Best Art Direction: Lee Ha Joon (“Parasite”)
Technical Award: Yoon Jin Yool, Kwon Ji Hoon (“EXIT” stunts)
Best Short Film: Jang Yoo Jin — “Milk”

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...