/Kembali sihat, ceria dan kekal tampan, penampilan pertama Kim Woo Bin secara umum curi perhatian ramai

Kembali sihat, ceria dan kekal tampan, penampilan pertama Kim Woo Bin secara umum curi perhatian ramai

Perkhabaran mengenai kemunculan Kim Woo Bin sebagai penyampai anugerah untuk Anugerah Blue Dragon Film kali ke40 pada 21 November (semalam) sangat dinanti-nantikan oleh media dan peminat setelah berehat selama lebih kurang dua tahun setengah.

Pelakon ini telah bertarung dengan kanser hidung yang dialami setelah di diagnosis pada Mei 2017 dan sejak itu Kim Woo Bin berehat seketika dari dunia hiburan untuk fokus kepada rawatan. Apabila Kim Woo Bin berjalan ke pentas utama  majlis anugerah itu, dia disambut dengan sorakan dan tepukan daripada tetamu. Pelakon itu kemudian menunduk hormat dan menyapa semua tetamu dengan senyuman.

Saya sangat berdebar kerana ini merupakan kali pertama saya menyapa semua orang. Jadi, saya bimbang tentang apa yang perlu saya katakan. Apapun, pertama sekali terima kasih. Beberapa tahun lepas, keadaan kesihatan saya tidak begitu baik. Tapi ramai orang yang sentiasa memberikan semangat dan mendoakan saya agar saya dapat melawan penyakit saya.  Disebabkan itu juga, saya mampu berdiri di sini dengan lebih cepat dan menyapa anda semua dalam keadaan yang sihat. 

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan jutaan terima kasih kepada semua yang selama ini  telah menyokong dan mendoakan kesejahteraan saya. Apapun jua, saya ingin ucapkan terima kasih tulus ikhlas dari hati untuk semuanya.

Kim Woo Bin akhiri ucapannya dengan menunduk hormat sekali lagi dan ia disambut dengan tepukan gemuruh. Pelakon itu kemudian menyampaikan anugerah untuk Filem Pendek Terbaik kepada pengarah  drama “Milk” – Jang Yoo Jin.

Kim Woo Bin masih lagi dalam proses perbincangan untuk kembali membintangi sebuah filem arahan PD Choi Dong Hoon. Semestinya, ramai yang menantikan lakonan hebat Kim Woo Bin setelah lama beristirehat. Selamat kembali ke dunia hiburan Kim Woo Bin. Semoga terus sihat dan menghasilkan projek-projek yang hebat.

Sumber : news.chosun | news.joins

Komentar

comments

loading...