/Lee Joon Hyuk sertai drama baru MBC berkisarkan pengembaraan masa

Lee Joon Hyuk sertai drama baru MBC berkisarkan pengembaraan masa

Lee Joon Hyuk nampaknya telah menyatakan persetujuan untuk menerajui drama baru MBC “365: A Year of Defying Fate” (tajuk kerja.)

“365: A Year of Defying Fate” adalah sebuah drama misteri, thriller fantasi di mana seseorang dapat kembali ke suatu-suatu masa tertentu dalam satu tahun yang sama. Tetapi, tidak dijangka pengembaraan masa itu boleh menyebabkan takdir seseorang itu berubah.  Seramai 10 orang telah kembali ke masa yang mereka inginkan dalam tempoh setahun itu, tapi situasi misteri mula terjadi bilamana takdir hidup mereka berubah dan bertukar.

Lee Joon Hyuk akan membawakan watak sebagai Ji Hyung Joo, seorang detektif dibahagian keganasan jenayah dan pernah menjadi polis trafik namun telah dinaikkan pangkat setelah berjaya menahan penjenayah yang dikehendaki. 7 tahun berlalu sejak segalanya berubah, dan Ji Hyung Joo seorang individu yang berbakat kerana dia tahu  bagaimana untuk relax dan sering mengikuti webtoon kesukaan setiapkali menjalankan kerja-kerja pengawasan. Biarpun pada mulanya dia gembira kerana dapat kembali semula pada masa yang diinginkan dalam rwmpoh setahun, dan kembali menetapkan semua kehidupannya, Ji Hyung Joo mula mencari kebenaran bila beberapa siri misteri terjadi ketika dia dan beberapa lagi individu menjalani pengembaraan masa bersama.

Lee Joon Hyuk memukau penonton dengan karakter antagonisnya yang cukup menjadi sebagai Oh Young Seok dalam drama tvN  “Designated Survivor: 60 Days.” Disebabkan itu ramai yang menanti untuk menyaksikan bagaimana Lee Joon Hyuk akan membawakan watak Ji Hyung Joo.

“365: A Year of Defying Fate” akan diterajui oleh PD  Kim Kyung Hee,  yang sebelum ini menerajui drama “Lucky Romance. ” Drama ini akan bersiaran sekitar separuh tahun pertama 2020. Terdahulu, pelakon Nam Ji Hyun turut ditawarkan peranan dalam drama ini dan masih lagi dalam proses perbincangan.

Sumber : Hankyung | chosun

Komentar

comments

loading...