/TS Entertainment dakwa Wooyeop & Taeseon bermasalah sehingga ahli-ahli TRCNG lain terasa telah dikhianati

TS Entertainment dakwa Wooyeop & Taeseon bermasalah sehingga ahli-ahli TRCNG lain terasa telah dikhianati

TS Entertainment menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua ahli TRCNG, Wooyeop dan Taeseon ke atasnya pada pagi tadi.

Jurucakap agensi itu dipetik berkata, “Kedua-duanya penipu. Lagi lapan ahli yang lain sedang bersusah-payah di Jepun sekarang. Macam-macam alasan diorang bagi. Memang pun kedua-dua orang ini bermasalah.”

“Kedua-duanya telah meninggalkan TRCNG tanpa kebenaran. Ada kes melibatkan diri mereka sehingga ahli-ahli lain terasa dikhianati,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan balas.

Sebelum ini, Wooyeop dan Taeseon mengemukakan saman terhadap TS Entertainment dengan memberi beberapa alasan termasuklah penderaan berterusan yang dialami oleh mereka selama berbulan-bulan.

Sumber: ytn

Komentar

comments

loading...