/S.Coups SEVENTEEN direhatkan berikutan alami simptom keresahan dan akan jalani rawatan sebaiknya

S.Coups SEVENTEEN direhatkan berikutan alami simptom keresahan dan akan jalani rawatan sebaiknya

Pada 18 November, agensi SEVENTEEN, Pledis Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kesihatan  S.Coups menerusi akaun rasmi Twitter milik kumpulan tersebut. Antara yang terkandung dalam kenyataan tersebut adalah seperti di bawah:

Hello, ini Pledis Entertainment. Kami menulis ini untuk memaklumkan kepada anda tentang tahap kesihatan ahli kumpulan SEVENTEEN iaitu  S.Coups.

Setelah mengalami simptom keresahan/cemas psikologi, S.Coups baru-baru ini telah menjalani diagnosis dan menerima pemeriksaan secara menyeluruh. Hasil daripada pemeriksaan itu, dia memerlukan rehat dan kestabilan. Oleh itu, selepas perbincangan bersama S.Coups dan ahli SEVENTEEN yang lain, telah diputuskan bahawa dia akan berehat buat seketika daripada menyertai segala aktiviti seninya.

Kami meminta maaf kepada semua peminat yang terus mengasihi dan menyokong SEVENTEEN dan berharap anda memahami situasi ini. Oleh sebab itu, kami buat keputusan ini (merehatkan S.Coups) untuk memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan artis-artis kami. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk melindungi artis kami.

Di samping itu, kami sangat berharap bahawa anda tidak akan membuat sebarang andaian berbentuk negatif atau salah faham mengenai kesihatan dan masa depan S.Coups. Kami akan membuat pengumuman selanjutnya mengenai dua perkara ini kelak.

Terima kasih.

S.Coups dan SEVENTEEN akan mengunjungi Malaysia pada 22 Februari tahun depan sempena ODE TO YOU in KUALA LUMPUR. Apapun, Get well soon, S.Coups.

Sumber : Twitter SEVENTEEN

 

Komentar

comments

loading...