/Pelakon Full House ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin menjelang tahun hadapan

Pelakon Full House ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin menjelang tahun hadapan

Pelakon drama KBS Full House ini, Han Da Gam (36 tahun) atau nama lamanya, Han Eun Jung akan berkahwin pada Januari tahun hadapan.

Jurucakap agensinya, BB Entertainment dilaporkan berkata, “Han Da Gam akan berkahwin dengan kekasihnya di Seoul pada 5 Januari, 2020. Bakal suaminya itu merupakan usahawan yang tua setahun daripadanya… Majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup dan kami berharap peminat memahaminya, seterusnya memberi restu kepada Han Da Gam.”

Han Da Gam merupakan pelakon yang terkenal dengan watak-watak antagonis lakonannya, terutamanya di dalam drama KBS Full House dan MBC Wonderful Life. Beliau juga dilaporkan tetap meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi drama terbaru, jtbc Touch bersama Joo Sang Wook dan Kim Bo Ra tak lama lagi.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...