/LIMITLESS umum tambah lagi dua orang ahli baru & bersedia untuk tembus pasaran sedunia

LIMITLESS umum tambah lagi dua orang ahli baru & bersedia untuk tembus pasaran sedunia

LIMITLESS akan keluar lagu terbaru bersama dua ahli kumpulan tambahan!

ONO Entertainment, agensi yang menguruskan segala aktiviti kumpulan LIMITLESS telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini. “LIMITLESS yang sebelum ini melakukan kemunculan pertama dengan hanya empat orang anggota, akan mengeluarkan lagu baru bersama dua orang ahli yang baru iaitu C.I dan J-Jin”.

C.I dan J-Jin merupakan anggota yang berasal daripada China ini akan membantu untuk meluaskan aktiviti mereka di peringkat global. Kumpulan ini juga telah berkongsi imej ‘teaser’ untuk album pertama mereka yang bertajuk “Wish Wish” yang bakal keluar tidak lama lagi bersama kesemua enam anggota.

Anggota asal Limitless.

LIMITLESS telah membuat kemunculan pertama kali pada bulan Julai yang lalu dengan lagu mereka yang bertajuk “Dreamplay” dan berjaya menarik perhatian ramai kerana salah seorang daripada ahlinya pernah menyertai “Superstar K” dan “Produce 101 SEASON 2” iaitu Jang Moon Bok (VOK) yang berambut panjang dan bertindak sebagai ‘rapper’ kumpulan itu. Ahli yang lain seperti Astrum (A.M) dan Yoon Hee Seok juga pernah muncul dalam rancangan “Produce 101 Season 2”, manakala Raychan pernah muncul dalam rancangan “MixNine”.

LIMITLESS akan membuat kemunculan pertama bersama ahli baru mereka pada 28 November ini. So stay tuned guys!

Sumber : Soompi

Komentar

comments

loading...