/Amber Liu dikecam kerana ucapannya dikatakan berbaur ‘penghinaan’ terhadap orang Afrika Amerika

Amber Liu dikecam kerana ucapannya dikatakan berbaur ‘penghinaan’ terhadap orang Afrika Amerika

Amber Liu dikatakan telah mengungkapkan sesuatu yang dikatakan berbaur penghinaan terhadap masyarakat berkulit hitam.

Berdasarkan keratan video yang disebarkan di dalam laman twitter sejak pagi tadi, Amber Liu bercakap tentang sentimen anti-asia dimainkan oleh akhbar TMZ terhadap rakan selebritinya, Junghwa EXID pada tahun 2015 dan bagaimana ia masih menebal. Sebaliknya, beliau berkata lelaki berkulit hitam yang sedang sedap melantak sandwich (berbuat sesuatu di luar daripada kebiasaannya) pula layak disoal-siasat oleh polis. Tambahnya lagi, mereka perlu menunjukkan hormat walaupun masing-masing mempunyai hak asasi tersendiri.

Walaubagaimanapun, pendapat yang disuarakan oleh Amber Liu itu telah menerima kecaman oleh netizen daripada pelbagai kaum. Ada antaranya berasa begitu kecewa mengenangkan Amber Liu menerima pendidikan di benua Amerika dan sepatutnya beliau tahu akan implikasi daripada setiap perkataan yang diungkapnya satu-persatu.

Sehubungan dengan itu, netizen mahu Amber Liu membuat permohonan maaf dengan segera dan ia terus dibuat oleh penyanyi itu di dalam laman twitter-nya sebentar tadi.

Sejak menamatkan kontrak dengan SM Entertainment, Amber Liu kini sedang dalam rangka mempromosikan single solo-nya, ‘X Part 2: Other People’ di Amerika Syarikat.

Sumber: twitter,  soompi1, soompi2

Komentar

comments

loading...