/Senarai pemenang 2019 V Live Awards V HEARTBEAT; BTS tetap jadi pilihan peminat

Senarai pemenang 2019 V Live Awards V HEARTBEAT; BTS tetap jadi pilihan peminat

Pada 16 November, Naver V Live telah menganjurkan anugerah rasminya yang pertama yang dinamakan V HEARTBEAT!

Anugerah yang kali pertama diperkenalkan ini diadakan di Gocheok Sky Dome, Seoul, di mana ianya dihadiri oleh selebriti popular seperti GOT7, MONSTA X, MAMAMOO,  NCT, Stray Kids, ITZY, TXT, AB6IX, CIX, dan beberapa selebriti dari luar Korea termasuk Afgan (Indonesia) dan Anne-Marie (penyanyi yang berasal dari England).

Biarpun BTS tidak dapat turut serta majlis anugerah tersebut, kumpulan itu tetap berjaya menggondol dua trofi. BTS bukan sahaja memenangi anugerah V Live Global Artist Top 12, tapi turut menerima The Most Loved Artist Award, yang telah dipilih oleh peminat menerusi undian (termasuk turut mengundi 12 penerima anugerah Top 12).

MONSTA X juga membawa pulang dua trofi, iaitu anugerah V Live Global Artist Top 12 dan anugerah V Live Global Partnership.

Nah, ini dia senarai penuh pemenang 2019 V Live Awards V HEARTBEAT:

The Most Loved Artist: BTS
V Live Global Artist Top 12 (ikut abjad): BLACKPINK, BTS, EXO, GOT7, iKON, IZ*ONE, MONSTA X, NCT, SEVENTEEN, Stray Kids, TWICE, WINNER
V Live Global Rookie Top 5 (ikut abjad): AB6IX, CIX, ITZY, TXT, X1
V Live Global Partnership: MONSTA X, MAMAMOO
V Live Discover: JANNABI
Favorite Web Series Actor: APRIL’s Naeun, Golden Child’s Bomin
The Most Loved Web Series: “A-TEEN 2”
Favorite V View Star: HOONION
Favorite Artist Vietnam: Noo Phuoc Thinh
Favorite Artist Indonesia: Afgan
Favorite Artist Worldwide: Anne-Marie

Sebelum itu, ini dia beberapa foto selebriti yang menghadiri anugerah tersebut.

AB6IX
Afgan
Marie-Anne
Choi Bomin (Golden Child)
CIX
Hoppipolla
ITZY
MAMAMOO
MONSTA X
NELL
Noo Phuoc Thinh
Stray Kids
TXT
Doyoung, Jaehyun, and Johnny NCT

Tahniah kepada para pemenang.

Sumber : Newsen

Komentar

comments

loading...