/Jung Yong Hwa CNBlue tayang lengan sado hasil ‘menternak’ dengan penat-lelah ketika jalani khidmat negara

Jung Yong Hwa CNBlue tayang lengan sado hasil ‘menternak’ dengan penat-lelah ketika jalani khidmat negara

Jung Yong Hwa mendedahkan gambar lengannya yang agak besar dan penuh sasa itu di laman instagram-nya ketika bercuti di Hawaii, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Foto tersebut menerima reaksi keterujaan daripada netizen yang rata-ratanya belum pernah menyaksikan penyanyi daripada kumpulan CNBlue dan juga pelakon itu menayangkan bentuk tubuh badannya secara terbuka sejak selesai menjalani latihan ketenteraan.

Kini, Jung Yong Hwa sedang dalam fasa berehat sebelum memilih untuk bergiat sepenuhnya di dalam bidang nyanyian memandangkan dua orang lagi ahli kumpulan yang diterajuinya, Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin akan menamatkan latihan ketenteraan tak lama lagi manakala Lee Jong Hyun pula telah disingkirkan keluar kerana terbabit dalam isu skandal seks Jung Joon Young. Kali terakhir drama lakonannya ialah jtbc Package bergandingan bersama Lee Yeon Hee.

Sumber: heraldcorp , OSEN

Komentar

comments

loading...