/Menang saja Yoo Seung-jun di mahkamah, artis Korea boleh elak jalani ‘military service’ tanpa dihukum berat lagi

Menang saja Yoo Seung-jun di mahkamah, artis Korea boleh elak jalani ‘military service’ tanpa dihukum berat lagi

Mahkamah Tinggi Korea akan menyampaikan keputusan hari ini samada tindakan kerajaan mengenakan hukuman sekatan ke atas rakyat Korea yang  mengelat daripada menjalani latihan khidmat negara dan mahu pulang ke negaranya semula, adalah berpelembagaan atau tidak.

Pada perbicaraan mahkamah 20 September lalu, peguam Yoo Seung Jun berhujah tentang kewajaran mengenakan hukuman sekatan ke atas Yoon Seung Jun setelah dia mengabaikan latihan khidmat negara pada tahun 2002. “Seseorang tak melanggar undang-undang sekiranya dia tak mahu menjalani ‘military service'”, ujar peguam tersebut di hadapan hakim. Selain daripada itu, peguam Yoo Seung Jun turut berhujah tentang permohonan visa F-4 oleh mana-mana rakyat asing yang cuba digagalkan kerana tidak mematuhi syarat-syarat tertentu.

Yoo Seung Jun, seorang penyanyi popular yang kini merupakan warganegara Amerika Syarikat telah mengambil keputusan drastik dengan mengabaikan kewarganegaraan Korea-nya kerana semata-mata mahu mengelakkan dirinya daripada menyertai latihan khidmat negara pada tahun 2002. Rentetan daripada itu, jabatan ketenteraan Korea terus mengenakan sekatan ke atas Yoo Seung Jun supaya beliau tak dibenarkan pulang semula ke Korea. Setelah beberapa tahun berlalu, beliau membuat permohonan visa F-4 sekitar tahun 2015 untuk dibenarkan melawat Korea, namun permohonannya ditolak sepenuhnya oleh pihak imigresen. Yoo Seung Jun memfailkan tuntutan tersebut di mahkamah lebih tinggi tapi telah diketepikan terus dalam satu keputusan dibuat oleh mahkamah persekutuan pada 23 Februari 2017. Bagaimananapun, mahkamah persekutuan membenarkan rayuannya dibuat semula di mahkamah tinggi pada 13 Julai 2019.

Sumber: news1 , yonhap news, allkpop

Komentar

comments

loading...