/Gong Hyo Jin & Kang Ha Neul berpimpinan tangan sempena berakhirnya KBS When the Camellia Blooms

Gong Hyo Jin & Kang Ha Neul berpimpinan tangan sempena berakhirnya KBS When the Camellia Blooms

Gong Hyo Jin mengejutkan netizen dengan gambar dia sedang berpimpinan tangan dengan Kang Ha Neul di laman instagram-nya sebentar tadi.

Gong Hyo Jin menulis kapsyen, “Yumiya (panggilan untuk bebudak lelaki), terima kasih. Inilah set penggambaran Camellia terakhir kita…Nah, ‘suprise’ #camellia .” Dalam gambar berkenaan, Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul dilihat melakarkan senyuman sambil berpimpinan tangan.

Netizen yang teruja dilihat meletakkan beberapa komentar, “Selepas Camellia habis, kami nak tengok apa? Masyuk sangat drama ini”, “Cuaca sangat sejuk, tapi masih boleh ‘shoot; lagi. Usaha lagi, Camellia dan Yongshik!”, “Camne nak hantar bunga pada Camellia?”.

Sementara itu, KBS When the Camellia Blooms telah pun berjaya merekod rating tertinggi melebihi paras 20% dengan 20.7% dicapainya pada episod 33 dan episod 34 yang ditayangkan kelmarin, sekaligus menjadikan drama ini drama mingguan terbitan KBS paling popular tahun ini (tak termasuk drama hujung minggu) dan juga drama lakonan Gong Hyo Jin paling popular sejak SBS Master’s Sun yang pernah disiarkan pada tahun 2013. KBS When the Camellia Blooms akan menutup tirainya menjelang minggu depan.

Buat peminat kdrama Malaysia, anda boleh tontoni drama ini di Netflix secara langsung sejam selepas waktu tayangan di Korea, setiap hari Rabu dan Khamis.

Sumber: naver, instagram

Komentar

comments

loading...