/Yuri SNSD terkedu dapati abang tersayang bakal dihukum penjara selama 10 tahun

Yuri SNSD terkedu dapati abang tersayang bakal dihukum penjara selama 10 tahun

Ketika berlangsungnya perbicaraan kes rogol beramai-ramai semalam, nama Kwon Hyuk Jun (Kwon Mo) disebut sebagai sebagai salah seorang pelakunya. Ia bukanlah sesuatu yang baru apabila Kwon Mo telah pun dikenalpasti dalam beberapa media Korea sebelum ini sebagai salah seorang bapa ayam yang berperanan di dalam skandal seks Jung Joon Young dan juga dalam rangkaian skandal Burning Sun yang melibatkan Seungri, bekas ahli Big Bang.

 

Semalam, pendakwaraya telah memohon kepada mahkamah untuk dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun ke atas Kwon Hyuk Jun di atas kesalahannya melanggar Akta Khas Jenayah Berat Seksual. Sejak tertebar namanya di dalam carian enjin, netizen mengesahkan spekulasi bahawa orang tersebut ialah abang kepada penyanyi kpop terkenal, Kwon Yuri daripada kumpulan Girl’s Generation (SNSD). Bagaimanapun, perdebatan di ruang media sosial lebih memihak kepada mereka yang menyokong Yuri memandangkan Yuri tidak bersalah langsung dan tidak terlibat langsung dalam aktiviti-aktiviti gelap dilakukan oleh abangnya dengan kecaman tersebut haruslah menjurus pada abangnya saja.

Dalam kenangan: Kwon Yuri bersama abangnya, Kwon Hyuk Jun.

Yuri SNSD terkedu dan sehingga kini tak mahu mengulas lanjut tentang apa-apa berita melibatkan abangnya, seperti juga dilakukan oleh pelakon Park Han Byul ke atas suaminya apabila mendapat tahu suaminya terbabit dalam rangkaian skandal Burning Sun sebelum ini.

Sumber: segye , sport chosun

Komentar

comments

loading...