/Temui mereka secara dekat dengan kunjungi lokasi “OnlyOneOf Hit The Line Tour in Malaysia 2019” pada 22-24 November ini

Temui mereka secara dekat dengan kunjungi lokasi “OnlyOneOf Hit The Line Tour in Malaysia 2019” pada 22-24 November ini

Seperti yang semua tahu, kumpulan kpop terbaru OnlyOneOf bakal datang ke Malaysia pada 22 sehingga 24 November ini untuk sesi promosi mereka “OnlyOneOf Hit The Line Tour in Malaysia”. Disebabkan mereka masih baru lagi di dalam industri Kpop ni, tidak ramai yang mengenali kumpulan ini.

OnlyOneOf terdiri daripada Nine (vocalist, beatmaker, maknae), Mill (rapper), Rie (vocalist, dancer), JunJi (vocalist, dancer), Love (leader, main vocalist), YooJung (dancer) dan KB (rapper, producer), boleh rujuk maklumat peribadi mereka di bawah. Setiap ahli dipilih sendiri oleh Jaden Jeong kerana keunikan persembahan mereka, personaliti yang berkarisma dan berbakat dalam menggubah lagu. Mereka telah debut pada 28 Mei lepas dengan lagu single “savanna.” Lagu ini kemudian menjadi viral di YouTube sehingga mendapat tontonan melebihi 10 juta dalam masa lima bulan Ini menjadikan OnlyOneOf menjadi antara kumpulan rookie yang perlu diberikan perhatian. Mereka digambarkan sebagai oleh Jeong sebagai “the future of K-pop.”

Bermula dengan titik kecil, kini OnlyOneOf terus kukuh untuk menyambung titik-titik kecil sehingga menghasilkan mini album kedua mereka [line sun goodness]. Album ini diterbitkan oleh beberapa individu kreatif yang paling dihormati dalam perniagaan muzik, termasuk Candace Sosa (BTS) dan BADD (LOONA), yang bersama-sama menggembeling tenaga untuk  penulisan lagu dan input pengeluaran dari anggota kumpulan. OnlyOneOf menggambarkan muzik mereka seperti  Alternative R&B dengan vokal yang mesra dan lirik sensual yang meneroka kekaburan anak muda, yang terperangkap di antara godaan dan perkembangan peribadi dalam dunia ini.

Baca juga : [Eksklusif] Pra-temubual bersama kumpulan baru K-Pop, OnlyOneOf sempena ‘Hit The Line Tour’ in Malaysia (Versi Bahasa Melayu) dan (English Version)

Kini tiba masanya peminat di Malaysia untuk bersuai kenal dengan 7 lelaki yang mempersona ini:  YooJung, Mill, KB, Rie, Love, JunJi, dan Nine sepanjang siri promosi  OnlyOneOf Hit The Line Tour in Malaysia yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 November ini. Mereka juga khabarnya tidak sabar untuk menemui peminat mereka di Malaysia dan persiapan telah dilakukan untuk menampilkan persembahan yang hebat.

Ok, jom kita berkenalan serba sedikit dengan ahli kumpulan OnlyOneOf :

Nama komersial: Love (러브)

Nama sebenar: Park Jisung (박지성)

Posisi: ketua kumpulan OnlyOneOf, vocal utama

Tarikh Lahir: 17 Januari 1994

Tinggi: 182 cm (5’11″)

Berat: 63 kg (138 lbs)

Jenis Darah: B

Fakta menarik: Love umpama seorang ibu di antara ahli OnlyOneOf. Dia pertama kali muncul di dalam muzik video Vivi daripada kumpulan Loona yang bertajuk “Every day I love you”. Dia turut membintangi drama web yang bertajuk “First love story” yang disiarkan di Youtube dan Facebook pada tahun 2018.

Nama komersial: KB (규빈)

Nama sebenar: Shin Kyubin (신규빈)

Posisi: Vokal, “visual” dan “rapper” utama

Tarikh Lahir: April 23, 1992

Tinggi: 180 cm (5’11″)

Berat: 64 kg (141 lbs)

Jenis Darah: B

Fakta menarik: KB merupakan ahli yang tertua dalam kumpulan. Dia turut membinatangi drama web yang bertajuk “First love story” yang disiarkan di Youtube dan Facebook pada tahun 2018 bersama Love. Pada mulanya dia ingin menjadi seorang pelawak semasa tetapi semasa dalam persediaan dan latihan untuk menjadi seorang pelawak, KB mula belajar mengenai muzik dan kemudian memilih untuk menjadi ‘idol’. Dia mempunyai kelebihan dalam menghasilkan lagu.

Nama komersial: Rie (리에)

Nama sebenar: Lee Sungho (이성호)

Posisi: vokal

Tarikh Lahir: November 6, 1996

Tinggi: –

Berat: –

Jenis Darah: A

Fakta Menarik: Rie ingin menjadi Idol setelah melihat persembahan pentas kumpulan Jepun bernama “Highlight”. Dia juga selalu menonton video Charlie Puth dan Shawn Mendes untuk dijadikan sebagai rujukan dalam bidang nyanyian manakala Kai, Taemin dan Jimin sebagai rujukan untuk tarian. Rie juga bertanggungjawab untuk membuat koreografi untuk OnlyOneOf dan memastikan semua ahli ada peluang untuk bersinar dan tampil sentiasa seragam.

Nama komersial: Yoojung (유정)

Nama sebenar: Lee Taeyeob (이태엽)

Posisi:  Vokal, Visual, penari utama

Tarikh Lahir: May 29, 1997

Tinggi: –

Berat: 56 kg (123 lbs)

Jenis Darah: A

Fakta menarik: Yoojung telah belajar menari selama 8 tahun. Dia sangat pembersih dan dikenali sebagai seorang yang sangat penakut dikalangan ahli OnlyOneOf. Yoojung juga pernah menari bersama “Wonder Girls” untuk lagu ‘Like this’. Dia sangat sukakan harry potter sehinggakan dia menghafal semua mantera magis di dalam filem tersebut terutamanya Petrificus Totalus.

Nama komersial: Junji (준지)

Nama sebenar: Kim Junhyung (김준형)

Posisi:  vokal, penari utama

Tarikh Lahir: April 6, 1998

Tinggi: 181 cm (5’11″)

Berat: 61 kg (134 lbs)

Jenis Darah: B

Fakta menarik: Junji dikenali sebagai seorang yang sangat pemalu. Dia sangat mahir dalam ‘freestyle dance’. Junji selalu melihat cara Jungkook BTS menyanyi dan menari. Dia juga telah menari ‘trump’ semenjak sekolah menengah lagi.

Nama komersial: Mill (밀)

Nama sebenar: Lee Yongsoo (이용수)

Posisi:  Vocalist, Main Rapper

Tarikh Lahir: March 30, 1999

Tinggi: –

Berat: 54kg (119 lbs)

Jenis Darah: B

Fakta menarik: Mill sangat bagus dalam permainan bolasepak. Jay Park merupakan sumber inspirasi Miil. Dia mahu menjadi seperti kumpulan Winner atau Ikon kerana dia menonton rancangan ‘Win: who is next’ dan ‘Mix & Match’.

Nama komersial: Nine (나인)

Nama sebenar: Jung Wookjin (정욱진)

Posisi:  Vocalist, Maknae

Tarikh Lahir: December 13, 1999

Tinggi: 177 cm (5’10″)

Berat: –

Jenis Darah: O

Fakta menarik: Nine mahir bermain gitar. Dia juga tidak sukakan cuaca panas. Nine suka mendengar lagu baru dan membaca surat di ‘Fancafe’ ketika mempunyai masa lapang.

Jadi semua dah tahu kan mengenai kumpuan OnlyOneOf ni? Jadi, mark your calendar now dan jangan lepaskan peluang ini untuk mencipta memori bersama OnlyOneOf.

 Date  Time  Venue
 22 November 2019 1.00pm Centre Court, AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru
 22 November 2019 7.30pm Void Area, AEON Mall Bukit Indah, Johor Bahru
 23 November 2019 2.00pm Level 2, Fahrenheit88 Shopping Mall, Kuala Lumpur
 23 November 2019 7.30pm Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
 24 November 2019 1.00pm Centre Court, Concourse Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

Sponsor List:

 Organizer  Yi Pin Studio
 Artist Management  RSVP
 Passport Seoul
 Official Venue  AEON Mall Tebrau City
 AEON Mall Bukit Indah
 Fahrenheit88 Shopping Mall
 Sunway Velocity Mall
 Sungei Wang Plaza
 Hotel Partner  One World Hotel
 Amari Johor Bahru
 Daily Suites Atria
 F&B Partner  Nando’s
 Supporting Partner  IBHEA
 Official Online TV  Hurr TV
 Official Hydration Partner  MOMAWater
 Official Media  Y.G Epop
 Supporting Online Media  We Love Kpop

Sumber: Kprofile.com, Kpopmap.com, Kmania.info

Komentar

comments

loading...