/Song Ji Hyo, Kim Min Joon, Son Ho Jun, dan beberapa lagi setuju bintangi drama baru JTBC

Song Ji Hyo, Kim Min Joon, Son Ho Jun, dan beberapa lagi setuju bintangi drama baru JTBC

Beberapa pelakon telah mengesahkan pembabitan mereka untuk membintangi drama terbaru JTBC “Did We Love?” (tajuk kerja)

“Did We Love?” mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian membesarkan anaknya selama 14 tahun dan dalam tempoh itu empat orang lelaki telah muncul dalam hidupnya iaitu seorang lelaki yang teruk tapi menggoda, seorang lelaki yang menyedihkan (pathetic) tapi bertuah, seorang yang menakutkan tapi seksi dan seorang lelaki muda tapi menarik.

Drama ini sebelumnya dikenali sebagai  “Begin Again” dan Kim Min Joon, Song Ji Hyo, serta beberapa pelakon lain ketika itu masih lagi dalam proses perbincangan. Drama ini akan diarahkan oleh Kim Do Hyung (’18 Again’, ‘Princess Hours’, ‘Playful Kiss’)  dan skripnya dihasilkan oleh Lee Seung Jin.

Song Ji Hyo sah membawakan watak utama sebagai Noh Ae Jung, seorang penerbit filem dan ibu tunggal. Aejung membawa maksud “kasih sayang” atau “cinta” dalam bahasa Korea), jadi disebabkan itu, Noh Ae Jung memiliki kasih sayang serta cinta yang tak ternilai banyaknya untuk dikongsi namun dia memilih untuk fokus kepada kerja dan membesarkan anaknya selama 14 tahun. Saat empat lelaki yang berbeza muncul dalam hidupnya, mereka telah menghidupkan semula perasaannya.

Son Ho Jun melakonkan watak Oh Dae Oh, seorang penulis yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang teruk tapi menggoda. Oh Dae Oh seorang penulis novel bestselling dan penulis skrip yang menghasilkan skrip untuk filem Hollywood, tapi kehidupan sebenarnya terlindung dibalik tabir.

Song Jong Ho pula  diberikan peranan Ryu Jin, seorang lelaki yang menyedihkan (pathetic) tapi bertuah. Ketika di universiti, Ryu Jin digelar “the next Bae Yong Joon,” dan kini dia merupakan pelakon yang sedang meningkat naik dengan panggilan  now he is a rising actor with the nickname of “kawan lelaki terbaik negara” (nation’s best male friend).

Kim Min Joon telah disahkan membawa watak seorang lelaki yang menakutkan tapi seksi, Goo Pa Do, seorang CEO disebuah syarikat kewangan, Nine Capital. Goo Pa Do adalah bekas samseng yang kini telah berubah dengan panggilan baru sebagai “Robin Hood dari industri pinjaman swasta.”

Dalam satu kenyataan menerusi agensinya, Kim Min Joon berkata, “Saya akan menyapa semua orang buat pertama kalinya menerusi drama ini. Saya rasa berdebar tetapi dalam masa yang sama sangat teruja. Saya akan bekerja keras untuk mempersiapkan diri, jadi harap bersabar dan berikan perhatian anda pada projek drama ini dengan penuh minat.”

Akhir sekali, Koo Ja Sung akan membawakan watak Oh Yeon Woo, seorang lelaki muda tapi menarik. Koo Ja Sung merupakan guru pendidikan jasmi dan dengan wajah yang menarik serta senyuman yang menawan menjadikannya guru paling popular di sekolah.

“Did We Love?” dijangka akan bersiaran pada tahun 2020.

Sumber : News1 | sports.chosun | sports.donga

Komentar

comments

loading...