/Park Bo Young umum berehat seketika daripada dunia lakonan akibat kecederaan dialaminya

Park Bo Young umum berehat seketika daripada dunia lakonan akibat kecederaan dialaminya

Pelakon versatil Park Bo Young umum akan berehat sementara daripada dunia lakonan disebabkan kecederaan lengannya. Syarikat pengurusannya iaitu Fides Spatium turut mengeluarkan kenyataan ” Park Bo Young memutuskan untuk berehat. sebelum ini dia telah bekerja tanpa cuti rehat dan juga lengannya telah tercedera baru-baru ini. Kami tak dapat pastikan berapa lama dia akan mengambil masa untuk berehat”

Park Bo Young turut memberitahu kepada peminatnya di V-live mengenai perancangan semasanya “Ia cuti untuk kesihatan saya dan bukan satu tahap yang saya boleh tanggung. Ia mungkin mengambil masa yang lama. Mungkin ramai akan berkata macam-macam tentang cuti rehat saya ini, Saya ingin terus bekerja tapi ia sangat susah dan saya rasa sedih juga. Tolong jangan kritik saya macam-macam. Saya akan bekerja dengan lebih kuat bila saya sudah sihat sepenuhnya.”

Dia turut menyatakan ” saya akan kembali apabila saya sudah sihat sedikit. Saya tak pasti bila dan ia mungkin agak susah. Saya akan kembali dalam V app lagi.”

Populariti Park Bo Young meningkat naik melalui sebuah filem yang bertajuk “On Your Wedding Day.” Dia juga turut membintangi drama di saluran tvN drama yang bertajuk “Abyss” sebagai watak utama.

Sumber = Kdramastars.com

Komentar

comments

loading...