/Kumpulan lagenda kpop SECHSKIES umum akan keluarkan album seterusnya selepas 3 tahun

Kumpulan lagenda kpop SECHSKIES umum akan keluarkan album seterusnya selepas 3 tahun

SECHSKIES sedang merancang untuk membuat kemunculan semula selepas tiga tahun.

Jurucakap label mereka, YG Entertainment dilaporkan berkata, “Ya, memang SECHSKIES akan buat ‘comeback’. Cuma kami perlu tentukan masanya saja.”

Setelah berpecah selama hampir 18 tahun, ahli-ahli sedia ada SECHSKIES bertaut kembali demi meraikan peminat mereka dan berjaya mengeluarkan album studio kelima, ‘Another Light’ pada tahun 2016 pertama kali dikeluarkan oleh mereka sejak 18 tahun lalu. Lagu-lagu album tersebut seperti ‘Be Well’ dan ‘Couple’ berjaya menduduki di tempat teratas dalam carta muzik di Korea.

Kang Sung Hoon , empat dari kiri, telah diusir keluar daripada SECHSKIES.

SECHSKIES, Shinhwa, G.O.D, dan H.O.T seringkali disebut-sebut sebagai kumpulan kpop generasi pertama (selepas Seo Taiji & The Boys) yang menjadi pencetus industri muzik Korea sehingga menyebabkan pengaruh ‘hallyu kpop’ ini melebar di serata dunia. SECHSKIES  kehilangan ahlinya, Kang Sung Hoon kerana terbabit dalam saman melibatkan kelab peminatnya.

Sumber: OSEN

TAGS:

Komentar

comments

loading...