/IU & Got7 masing-masing raih jualan single & album terlaris di Korea minggu ini

IU & Got7 masing-masing raih jualan single & album terlaris di Korea minggu ini

IU (Lee Ji Eun), ratu solo Kpop ini kembali semula mendominasi carta muzik Korea dengan single terbaru, ‘Love Poem’. yang dikeluarkan tanpa promosi (muzik video, etc) dan juga tanpa sokongan albumnya yang ditangguhkan pelancarannya sehingga 18 November ini.

Single ‘Love Poem’ dendangan IU ini mencatat jualan single terlaris di Korea pada minggu ini sekaligus menduduki no.1 dalam carta digital Gaon mengatasi pesaingnya terdekat, AKMU dengan single-nya, ‘How do I love to break up, I love you’ yang masih menduduki di tempat kedua untuk dua minggu berturut-turut selepas berada di tangga teratas selama 4 minggu berturut-turut sebelum ini. Selain menduduki no.1 carta digital Gaon, IU juga mendahului carta Download dan Streaming di tangga pertama, sekaligus mencapai kesempurnaan di dalam dominasi carta-carta muzik di Korea.

Gaon dan Hanteo masing-masing belum mengeluarkan data rasmi berapa banyak single-nya telah terjual dalam seminggu, namun berdasarkan kejayaan IU melakar sejarah sebagai artis solo Korea yang mempunyai puluhan single tersenarai sebagai jualan single terlaris sepanjang zaman, sudah pasti single ini juga bakal melekat sebagai salah satunya. Single ‘Through The Night’ dendangan IU dengan jualan yang diraih melebihi 5 juta unit masih belum dipatahkan oleh sesiapa lagi sejak tahun 2017. Malah, memandangkan promosi single terbaru ini dilakukan tanpa muzik video dan sokongan album, ia sesuatu yang tersangat hebat bagi mencipta kesempurnaan tersebut.

Sementara itu, Got7 meraih jualan album terlaris di Korea, sekaligus meletakkannya di kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon minggu ini dengan 185,573 unit telah terjual. Album EP kesepuluh Got7 ini, ‘Call My Name’ menghasilkan single utama dengan tajuk yang sama. Selain menduduki no.1 di carta album Gaon, Got7 turut berada di kedudukan no.32 di dalam carta Billboard, seterusnya menembus pasaran muzik di Amerika Syarikat. ‘Call My Name’ berjaya mengatasi penguasaan selebriti kelahiran rancangan Produce X 101 yang gagal ditempatkan sebagai finalis X1, iaitu Lee Jin Hyuk dengan album solo pertamanya, S.O.L dan juga Victon dengan albumnya, ‘Nostalgia’ yang masing-masing berada pada kedudukan no.2 dan no.4 di dalam carta album Gaon tersebut. Lee Jin Hyuk sudah semestinya boleh berbangga dengan kejayaan yang diraihnya dalam masa yang singkat ini.

IU dan Got7 dijangka akan mengegarkan Kuala Lumpur dalam siri konsert jelajah mereka di serata Asia tak lama lagi. Baca artikel-artikel di bawah untuk lebih lanjut.

Baca lagi: IU sah bakal diterbangkan ke Malaysia hujung Disember ini buat julung-julung kalinya! ; [Info] GOT7 akan kembali ke Malaysia pada Mac 2020 sempena “KEEP SPINNING” World Tour

Sumber: nspa, gaon

Komentar

comments

loading...