/Woosung The Rose nafi tengah berpacaran dengan Lee Yoobi

Woosung The Rose nafi tengah berpacaran dengan Lee Yoobi

Woosung atau dikenali dengan nama samaran, ‘Sammy’ dari kumpulan kpop The Rose, menafikan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lee Yoo Bi.

Label Kim Woosung dipetik berkata, “Hubungan Kim Woo Sung dan Lee Yoo Bi hanyalah sekadar kawan saja. Kebetulan, mereka dilihat bersama di dalam program di Paris baru-baru ini kerana masing-masing di bawah wakil yang sama.” Khabar angin percintaan mereka tercetus selepas kedua-duanya memuatnaik gambar dan video sendiri di lokasi yang sama di Paris, Perancis hampir serentak di laman sosial masing-masing.

Lee Yoobi debut sebagai aktress di dalam rancangan sitkom, ‘Vampire Idol’. Sejak daripada itu, Lee Yoobi banyak membintangi drama-drama korea seperti MBC Gu Family Book, SBS Pinocchio, MBC Scholar Who Walks the Night dan terbaru sekali menerusi drama tvN Poem a Day sebagai pelakon utama. Manakala, Sammy pula ‘debut’ dengan kumpulan The Rose sejak tahun 2017 lagi dan beliau pernah menyertai jtbc ‘Super Band’ pada Julai lalu. Beliau juga akan menjadi pengacara tv KBS ‘Stand Up’ yang akan disiarkan pertama kali pada 16 November ini.

Sumber: donga, OSEN

Komentar

comments

loading...