/Berdepan masalah kesihatan, Moonbin ASTRO direhatkan seketika daripada aktiviti seni

Berdepan masalah kesihatan, Moonbin ASTRO direhatkan seketika daripada aktiviti seni

Nampaknya Moonbin ASTRO akan direhatkan seketika dari sebarang aktiviti seni bersama kumpulannya. Pada 12 November, Fantagio Music telah mengeluarkan kenyataan menerusi fan cafe ASTRO seperti berikut :

Hello. Ini Fantagio Music.

Kami berterima kasih kepada AROHA [kelab peminat ASTRO] yang tidak jemu menyayangi ASTRO dan di sini kami ingin memaklumkan kepada anda  bahawa Moonbin akan menghentikan seketika segala aktiviti seninya.

Baru-baru ini, semasa menyiapkan album terbaru ASTRO, Moonbin merasakan dirinya berdepan dengan masalah kesihatan dan terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu bahawa Moonbin perlukan rehat serta mendapatkan rawatan yang secukupnya. Oleh itu, telah diputuskan bahawa Moonbin akan direhatkan seketika daripada aktiviti promosi kumpulan ASTRO.

Moonbin akan kembali pulih dan buat masa ini dia akan fokus kepsa rawatannya sambil mendapatkan rehat secukupnya. Sehingga Moonbin pulih sepenuhnya, ASTRO akan terlibat dalam aktiviti seperti ‘2019 ASTRO JAPAN FANPARTY’ dengan kapasiti seramai lima orang iaitu MJ, JinJin, Cha Eun Woo, Rocky, dan Sanha.

Kami meminta pemahaman anda kerana Moonbin menghentikan kegiatannya buat sementara waktu supaya dia boleh menjalani aktiviti promosi dengan kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang, dan kami berjanji akan sentiasa menyokong Moonbin serta lakukan yang terbaik agar dia kembali pulih dengan segera.

Kami memohon maaf kerana  buat AROHA bimbang terutamanya saat ASTRO akan buat kemunculan semula. Kami mohon agar peminat teruskan menyokong tanpa henti buat Moonbin dan juga ASTRO.

ASTRO kini sedang bersedia untuk melancarkan album mini keenam mereka “BLUE FLAME” pada 20 November ini. Manakala “2019 ASTRO JAPAN FANPARTY” pula akan diadakan pada 15 dan 16 November di Kobe, Jepun.

Apapun, semoga cepat sembuh Moonbin.

Sumber : News1

Komentar

comments

loading...