/Lee Jin Hyuk, si budak ‘kiut’ ini bakal berlakon buat pertama kali bersama Moon Ka Young & Kim Dong Wook di dalam drama MBC terbaru

Lee Jin Hyuk, si budak ‘kiut’ ini bakal berlakon buat pertama kali bersama Moon Ka Young & Kim Dong Wook di dalam drama MBC terbaru

Lee Jin Hyuk dilaporkan sedang menimbangkan untuk membintangi drama terbaru MBC The Way He Remembers atau Memoir of the Man yang turut akan menampilkan pelakon Moon Ka Young dan juga, Kim Dong Wook.

MBC Memoir of the Man yang bertemakan melodramatik, adalah berkisarkan tentang seorang lelaki yang mempunyai penyakit hyperthymesia bercinta dengan seorang wanita yang hilang ingatan tentang perkara penting dalam hidupnya. Kim Dong Wook akan membawakan watak Lee Jung Hoon, Moon Ka Young akan memainkan watak Yeo Ha Jin manakala Lee Jin Hyuk pula sebagai lelaki ke-2 (nama watak tak didedahkan lagi) di dalam hidup Yeo Ha Jin.

Lee Jung Hoon bekerja sebagai juruhebah rancangan tv no.1 di Korea, “News Live”. Dengan kelebihan hyperthymesia dimilikinya, beliau mampu mengingati terlalu banyak kejadian di dalam sekelip mata saja yakni sebanyak 8760 sejam bersamaan dengan 365 hari dalam setahun. Yeo Ha Jin pula sebagai pelakon senior dengan lebih enam tahun pengalaman tetapi seringkali dikritik oleh netizen di atas lakonan ‘kayu’ yang dibawanya.

Ini merupakan drama pertama Kim Dong Wook sejak MBC Special Labor Mr. Jo ditayangkan pada Mei lalu, manakala drama pertama Moon Ka Young sejak jtbc Welcome To Wakiki 2. Ia juga merupakan drama pertama lakonan Lee Jin Hyuk sejak menyertai Produce X 101 yang baru saja ‘debut’ sebagai penyanyi solo beberapa hari lalu. Berbekalkan pengalaman pernah menjadi pelakon kanak-kanak pada sekian masa dahulu, Lee Jin Hyuk akan menghiburkan penonton drama dengan gaya lakonan pula lain daripada apa yang dipersembahkannya di atas pentas.

MBC Memoir of the Man akan mendapatkan khidmat sutradara Oh Hyun Jong (MBC Two Cops) dan juga dua orang penulis skrip dengan salah seorangnya agak popular dengan naskah fantasi, iaitu Song Jae Jung (“tvN Memories of Alhambra”,”tvN 9: Six Times Time Travel”,”MBC W: Two Worlds Apart”) manakala seorang lagi ialah Kim Yoon Joo, rakan penulis skripnya di dalam tvN 9: Six Times Time Travel sebelum ini. MBC Memoir of the Man akan ditayangkan menjelang Mac 2020 hadapan.

Sumber: OSEN, xsportnews

Komentar

comments

loading...