/Kazunari Ninomiya Arashi umum akan berkahwin dengan Ito Ayako tak lama lagi

Kazunari Ninomiya Arashi umum akan berkahwin dengan Ito Ayako tak lama lagi

Kazunari Ninomiya (36), penyanyi daripada kumpulan Arashi yang terkenal kerana bakat lakonan yang dimilikinya, mengumumkan perkahwinan dengan Ito Ayako (38), dua tahun lebih tua daripadanya di hadapan laman komuniti forum kelab peminat Arashi sebentar tadi.

Dipetik daripada surat yang dikarangnya sendiri, Ninomiya berkata, “Saya telah membuat keputusan sebagai seorang lelaki di sini, dan saya akan berbuat terbaik untuk memastikan ia adalah keputusan yang tepat.” Komentar tersebut mengundang spekulasi peminat yang rata-ratanya menantikan pengumuman sangat besar daripadanya.

Ninomiya kemudiannya menyambung,”Saya akan berkahwin dengan seseorang yang telah saya kenali sejak sekian lama. Namun saya tetap akan bekerja walaupun setelah berkahwin.” Sebaik saja pengumuman itu dibuat, netizen melahirkan rasa terkejut sambil mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah mempunyai bakal isteri.

Identiti wanita itu yang sudah lama diketahui oleh peminatnya sebagai Ito Ayako, ialah seorang juruhebah tv yang telah lama dikenalinya selama lebih kurang 5 tahun. Mereka dikatakan dipertemukan dalam sebuah rancangan tv, “News Every”. Selain aktif bergelar penyanyi, Ninominya juga seorang pelakon yang sangat berbakat dan memulakan kerjaya lakonannya di Hollywood melalui filem “Letters from Iwo Jiwa'” arahan Clint Eastwood. Setelah menimba hampir dua dekad pengalaman berlakon di layar perak, beliau akhirnya menerima anugerah Best Actor Japanese Academy Awards (bersamaan dengan Oscar di Jepun) menerusi filem Haha to Kuraseba (“Nagasaki: Memories of My Son”)..

Bercakap mengenai kumpulan yang dianggotainya pula, Arashi yang mula ‘debut’ tahun 1999, berkembang mekar di serata Asia sekitar tahun 2000-an. Namun, selepas masing-masing menyatakan komitmen untuk bersara tak lama lagi, sempena meraikan 20 tahun penglibatan mereka di dalam industri muzik, Arashi akan mengadakan konsert jelajah di serata Asia bagi menghargai jasa peminat-peminat yang memberikan sokongan kepada mereka selama ini.

Sumber: fnn.jp

Komentar

comments

loading...