/Selamat kembali Taeyang dan Daesung DAN selamat bergabung kembali BIGBANG

Selamat kembali Taeyang dan Daesung DAN selamat bergabung kembali BIGBANG

Weehuu. Taeyang dan Daesung BIGBANG dah selesai tamatkan khidmat tentera mereka.

Pada 10 November, selepas berjaya menamatkan perkhidmatan tentera wajib mereka, Taeyang dan Daesung telah dilepaskan di Ground Operations Command di Bandar Yongin. Kedua-dua ahli BIGBANG ini disambut oleh kumpulan peminat yang besar dan media yang berkumpul untuk meraikan kepulangan mereka dari kehidupan tentera.

Taeyang berkata, “Saya masih tak boleh percaya yang saya dah dibebaskan. Masa saya [dalam tentera] boleh dilihat samada ia mengambil masa yang pendek atau panjang, namun ia bergantung pada penilaian anda mengenai bagaimana anda melihatnya, tapi bagi saya ianya memang penuh bermakna. Saya ingin berterima kasih kepada rakan tentera saya dan pegawai atas saya yang telah meluangkan masa selama 20 bulan dalam membantu  saya dalam segala hal biarpun saya punya kekurangan.”

 

Daesung kemudian melemparkan komen,  “ Saya juga rasanya banyak mempelajari pelbagai perkara setelah memasuki tentera ini. Saya telah merasai pelbagai emosi yang tidak pernah saya rasakan dalam kehidupan harian saya dan saya juga rasa saya dah belajar tentang empati terhadap orang lain.”

Dia turut menambah, “Kepada rakan tentera saya dan pegawai atasan saya, sehingga kini masih bekerja keras dan terus berjuang untuk melindungi negara kita, saya nak cakap, saya sayangkan kamudan teruskan bekerja dengan penuh dedikasi!”

Apabila media bertanyakan mengenai perancangan masa depan mereka, Taeyang menjawab,”

When asked about their plans for future promotions, Taeyang replied, “Kami akan kongsikan perancangan masa depan kami setelah kata sepakat dan persetujuan bersama dicapai. Saya betul-betul mahu membalas kesetiaan [peminat kami] dengan sesuatu yang baik dan kami akan bekerja lebih keras lagi. Kami akan pamerkan pelbagai sisi lain kami yang sebelum ini tidak pernah kami tunjukkan semasa dalam tempoh perkhidmatan kami.”

Ahli lain kumpulan BIGBANG T.O.P dan G-Dragon masing-masing telah menamatkan khidmat mereka pada bulan Julai dan Oktober, sekaligus menjadikan kesemua empat ahli telah tamat khidmat tentera mereka.

Tak sabar nak nantikan projek terbaru kumpulan BIGBANG. Pasti industri K-Pop akan kembali meriah dengan kehadiran kumpulan hebat BIGBANG ini.

Apapun selamat kembali Taeyang dan Daesung serta selamat ‘reunite’ dengan ahli BIGBANG yang lain.

Sumber : news1

Komentar

comments

loading...