/KARD Menghangatkan Pelancaran GEL-BND ASICS

KARD Menghangatkan Pelancaran GEL-BND ASICS

Bersempena dengan kempen Comeback GEL-BND, ASICS membawa khas, duta Asia Tenggara mereka, kumpulan KARD untuk beramah mesra  bersama-sama peminat-peminat Malaysia. Seawal jam 7.25 petang Sabtu lalu, mereka berempat begitu sempoi dan bersahaja keluar beramah mesra dengan peminat yang hadir di sekitar Blue Atrium, Sunway Piramid. Kehadiran BM, So-min, Ji-woo dan J.Seph ini benar-benar membawa aura yang daring dan bertenaga. Bertepatan dengan jiwa kempen Comeback GEL-BND ini.

Kumpulan KARD juga mempersembahkan empat buah lagu terkemuka mereka iaitu Oh NaNa, Don’t Recall, Bomb Bomb dan yang terakhir, Dumb Litty. Walaupun hanya sekejap sahaja, kumpulan Kard benar-benar memberikan yang terbaik untuk peminat Malaysia. Persembahan mereka begitu bertenaga dan penuh swag. Dengan kata lain, “Fierce!!!!”.

Mengakui mereka amat berbesar hati untuk mewakilkan jenama sukan ASICS yang begitu dekat di hati mereka selaku duta jenama, mereka juga sangat gembira untuk kembali ke Malaysia. Berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong mereka selain kepada ASICS yang membawa mereka ke sini. KARD turut berharap untuk menunaikan hajat para peminat untuk membuat konsert di Malaysia pada suatu hari nanti.

Tidak akan lapuk dek zaman. Itu yang boleh di definisikan oleh penulis apabila melihat kepada rekaan terbaru kasut sukan dari jenama terkemuka ASICS GEL-BND. Di kemas kini dengan gaya moden, tapak dempak, warna-warna yang terang dan bertenaga, keluaran baru GEL-BND edisi Oktober 2019 memang menarik perhatian para pemuda.

Edisi Oktober 2019 ini menampilkan rekaan-rekaan yang lebih daring dan garang. Boleh di dapati dalam empat warna iaitu Red/Black, Black/Blue Expanse, Black/Black dan Breeze/Breeze. Rangkaian ini boleh di dapati dalam harga RM299 dan RM329.

Breeze/Breeze
Black/black
Red/Black
Black/Blue Expanse

Jom saksika persembahan dari KARD.

Jika anda gemarkan aktiviti sukan, pastikan anda mendapatkan kasut edisi ASICS Gel-Bnd yang pastinya akan memberikan kelesaan kepada anda dan ianya memang dihasilkan dengan penuh berkualiti serta tahan lasak. Pasti juga bpopulariti KARD yang sentiasa tampil penuh bertenaga akan memberikan suntikan kepada anda untuk terus kekal aktif. Semoga jenama ASICS ini akan terus menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan terus menempa kejayaan di masa depan. Berharap juga agar KARD akan kembali ke Malaysia pada masa depan dengan satu konsert penuh untuk peminatnya di sini.

TAGS:

Komentar

comments

loading...